Mengenai Saya

Foto saya
Kg. Morten, Malacca, Malaysia
Me and Allah knows myself best!!

Nak join bisnes internet? Rujuk di sini....

Rabu, Ogos 13, 2008

Bisnes #1 : Multi Level Marketing

Berjumpa lagi kita,

MLM adalah bisnes yang dahulu di jalankan di dunia nyata secara direct selling, jumpa personally dan pujuk untuk join jadi ahli dan biasanya pada waktu itu produk utama adalah makanan kesihatan (sekarang jua). Siapa yang tidak pernah dengar nama CNI? Abang saya juga dulu adalah ahli CNI. Pada waktu itu juga, ramai orang menyertai MLM bukan kerana nak kaya dengan komisyen semata-mata (ada juga sebenarnya) tetapi kerana produk dan potensi penjualan. Ini kerana pada waktu itu, komisyen yang diberikan tidak banyak seperti sekarang dan tidak menjanjikan anda akan kaya.

Setelah perkenalan internet, para penggiat MLM dah mula malas nak keluar bilik. Hanya duduk di depan komputer mempromosikan web mereka, mengumpan dengan ayat-ayat yang manis, bukti-bukti bonus yang telah diedit dengan paint dan akhirnya dapat 'ikan yang bodoh'. Namun, masa kini masih ada lagi penggiat MLM yang menjalankan kegiatan konvensional kerana bagi mereka ini lebih berkesan walaupun terpaksa mengorbankan sedikit masa untuk berbual dan meyakinkan bakal 'pemakan umpan'. (maaf jika ada ayat yang kurang enak di baca di atas).

Artikel saya bukan bermaksud bahawa menyertai MLM itu adalah haram. Walaupun banyak MLM yang menipu, namun tidak semua haram. Ada yang anda boleh teruskan jika benar menepati syara' dan kriteria sebagaimana MLM patut berfungsi. Oleh itu, izinkan saya untuk menerangkan 'MLM yang sebenar'. Bukan seperti sekarang, MLM telah di cabuli demi mendapat keuntungan yang cepat.

Sebelum ini, saya telah mengkaji dan memerhati MLM yang ada. Malah saya juga pernah membuat pembentangan tentang MLM di kelas saya dan mendapat perhatian daripada kawan-kawan saya yang ingin menyertai MLM. Ya, jika anda tahu bagaimana MLM sepatutnya berfungsi, anda pasti dapat memilih MLM yang betul. Saya juga terlibat dalam MLM ini, iaitu HPA. Dan saya aktif membeli dan menjual (tapi tidak aktif menaja).

MLM juga seperti syarikat pengeluar barangan yang mengeluarkan barangan tersendiri (bukan barangan orang lain) seperti Nestle, mamee/double decker dsb. Cuma, apa yang berbeza adalah cara penyebarannya. Syarikat pengeluar barangan yang konvensional memiliki struktur penyebaran seperti ini :

Kilang --> Pemborong --> Pasaraya --> Kedai runcit --> Pengguna
Namun, proses ini mungkin jadi lebih panjang dan rumit sehingga beberapa peringkat. Ini menyebabkan harga kos meningkat, dan harga jualan menjadi tinggi. Semakin banyak lapis pengedaran, maka makin tinggilah harga barang tersebut.

Oleh itu, sistem MLM di tubuhkan untuk menyelesaikan beberapa permasalahan di dalam sistem pengedaran konvensional. Di antara sebab MLM diperkenalkan adalah:
  1. Menyingkatkan proses pengedaran. Dalam sistem MLM, tiada pemborong terlibat keran produk akan di salurkan terus kepada ahli. Namun, untuk memudahkan kerja, syarikat akan melantik stokis dan ahli membeli daripada mereka. Perlantikan stokis tidak menaikkan harga barangan. Dengan penyingkatan ini, maka harga barangan dapat dikekalkan pada paras yang rendah dan dapat bersaing dengan produk lain.
  2. Memudahkan proses promosi. Dengan sistem MLM, para ahli di galakkan untuk mencari ahli dengan menawarkan kepada mereka komisen yang setimpal. Dengan cara ini sebenarnya syarikat dapat mengurangkan kos yang agak besar iaitu kos pengiklanan. Jika anda tahu berapa kos pengiklanan di televisyen dan radio (yang paling berkesan) dan anda menjual produk, pasti anda akan memilih MLM. Ini kerana, dengan janji komisyen, para ahli akan menjadi agen promosi produk syarikat dengan bayaran komisyen yang jauh lebih murah daripada iklan televisyen dan cara ini juga agak efektif.
  3. Sistem ini paling berkesan untuk syarikat bumiputera yang abru muncul dan tidak mempunyai modal yang besar dan kredibiliti untuk bersaing dengan entiti gergasi yang telah lama wujud. Orang ramai juga dapat manfaat daripada sistem ini. (Ada yang betul-betul berjaya dan ada yang kurang berjaya).
Di atas beberapa sebab di atas, maka MLM itu wujud. Namun, ada tangan-tangan yang jahat cuba mencabuli kesucian sistem ini. Maka di atas tangan mereka, maka ramai yang tertipu dan kerugian dan ada juga yang bergaduh atas ke'halal'an MLM mereka. Kebanyakan pemula MLM yang mengarut ini adalah tauke cina dan yang menjadi mangsa adalah orang melayu 'cum' orang Islam itu sendiri. Mana logik orang cina nak tolong orang melayu sedangkan sifat perkauman mereka agak tinggi. Dan kalau kita selidiki graf populasi penggiat MLM, maka orang melayu yang paling tinggi.

Ada banyak MLM jahat yang masih telah berkubur dan ada yang masih beroperasi. Biarlah saya senaraikan beberapa MLM jahat yang saya pernah jumpa adan ada pengalaman berhadapan dengannya.

1) Luxor
MLM ini pernah menyerang universiti saya satu ketika dahulu. Ketika itu, yang di serang adalah batch kami yang baru masuk dan tak tahu apa-apa tentang MLM. Ada kawan saya yang dah join ajak saya join. Dengar peluang pendapatannya memang cair iman, tetapi bila sampai part nak join, saya terus terbantut kerana syaratnya perlu keluarkan RM2k untuk membeli produk (yang bagi saya adalah paksaan) untuk mula dalam MLM ini. Mana saya ada duit banyak tu, dan kalau ada pun, hujung bulan saya akan makan megi. Mungkin mereka menyerang student UTP kerana scholar mereka tinggi, RM 500 sebulan. Namun kini, tak tahulah apa yang terjadi pada luxor (dah selamat dikebumikan agaknya) dan saya pun malas nak ambil tahu.

2) Kemudian, selang beberapa tahun kemudian, muncul pula em-pay. Saya terjumpa flyers mereka di masjid UTP dan apabila saya lihat website mereka, saya mula tertarik dan akhirnya menelefon upline tersebut. Atas pujukannya, maka saya pun makan umpan cacingnya. Sistem ini produknya dalah kad merchant iaitu kita akan dapat diskaun dan point jika berbelanja di merchant yang mengambil bahagian (macam kad merchant kelab YEC UTP which is better, promote untuk mereka, hihi). Saya juga dijanjikan akan dapat sebanyak RM32k walaupun tanpa menaja (which is the thing i hate the most). Namun lama juga menunggu, baru dapat sedikit dan akhirnya, alhamdulillah Allah masih sayangkan saya dan saya bertemu dengan web ustaz zaharuddin, dan berdasarkan penerangan awal beliau, maka dapat di simpulkan em-pay terdapat unsur haram. Saya mula curiga dan akhirnya difatwakan haram oleh Majlis Fatwa. Mujurlah pada waktu itu pendapatan saya dapat cover balik modal, terus saya keluarkan dan tinggalkan empay begitu saja. (Ya Allah, ampunilah segala dosa hambamu ini).

3) Baru-baru ini pula, akibat daripada kajian tentang manggis, maka produk jus manggis mula diperkenalkan dan antara syarikat yang mengambil bahagian adalah vemmabuilder. Mula-mula saya join secara free untuk dapatkan maklumat. Setelah saya amati, saya dapati ini juga bukan MLM yang sejati keran harga yang diletakkan untuk jus tersebut sangat mahal walaupun sistemnya nampak mudah. Ada waiting list dan jika anda bayar pada waktu itu, ahli-ahli percuma akan diletakkan di bawah. Secara mudahnya, siapa bayar dulu, dia jadi upline. tak payah cari orang. Namun jusnya yang mahal tidak menarik hati saya kerana orang join kerana nak komisyen, bukan nak jus tu. Kalau nakkan kebaikan manggis, pergi je ke tepi jalan orang jual buah, belilah 10 kilo manggis pun tak mahal cam jus tu. Setiap hari introducer tu hantar e-mail pujuk saya join dan akhirnya saya bosan, terus masukkan dalam spam.

Ada banyak lagi MLM yang boleh saya ceritakan, namun takut post ini menjadi panjang. Maka, saya cadangkan anda buka web UZAR (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman) di http://zaharuddin.net .

Biar saya berikan beberapa guideline untuk anda memilih MLM yang betul. Ini berdasarkan pengalaman yang ada dan beberapa pemerhatian dan bacaan tentang MLM. Saya kini masih lagi setia dengan HPA. Ok, guidelinenya:

  1. Pastikan MLM yang anda sertai ada produk fizikal. Bukannya e-book atau website. Saya tengok ramai yang dakwa dua benda di atas adalah produk MLM mereka. Mereka silap. Dan jangan lupa, pastikan produk yang MLM tersebut tawarkan adalah produk yang anda inginkan dan bermanfaat buat anda. Kerana tujuan MLM yang sebenarnya adalah menjual produk kepada ahli, dan sampingan adalah mencari downline. Macam saya, kopi Radix memang menjadi kegemaran saya dan saya akan frequently beli untuk kegunaan saya dan keluarga saya. Jangan pula anda beli produk yang akhirnya anda tak pakai dan biarkan terletak di sudut rumah. Biarlah anda tiada tajaan, asalkan anda dapat manfaat produk yang di jual.
  2. Harga produk yang munsabah. Walaupun produk tersebut anda perlukan, harganya mesti berpatutan. Ada beberapa MLM yang menjual sekotak kopi yang sangat mahal sedangkan kopinya tidak terlalu istimewa berbanding kopi lain. Dan majlis fatwa indonesia juga telah meletakkan hukum haram menjual barangan melebihi harga pasaran. Sedangkan saya beli sekotak radix baru belas-belas ringgit, lagi banyak khasiatnya. Oleh itu, harga produk mesti bersesuaian dengan kualitinya.
  3. Janji komisyen yang mencurigakan. Seperti contoh empay sebelum ini, setiap orang di janjikan sekian-sekian, namun jika ada 10,000 ahli, bagaimana syarikat nak kotakan janji mereka melainkan orang yang lambat masuk akan terkorban. Oleh itu, MLM yang sebenar tidak akan menekankan tentang komisyen melebihi produk mereka. Produk yang perlu diutamakan kemudian barulah ceritakan tentang komisyen sebagai penambah perisa. Iklan yang selalu saya jumpa di iklan percuma selalunya meletakkan peluang komisyen dahulu dan tak disebutkan produknya.
  4. Penasihat Syariah. Pastikan mana-mana perniagaan yang anda ingin sertai ada penasihat syariah untuk menasihati perjalanan syarikat mereka daripada terlibat dengan unsur-unsur haram. Susah nak cari? Kan banyak lepasan Azhar yang tidak bekerja dan memberi ceramah di sana sini. Offer la mereka kerja sebagai penasihat syariah. Namun, untuk ustaz ni pula, jangan ikut sangat kata bos sampai ketepikan hukum Allah. Kang tak pasal-pasal masuk neraka.
  5. Sebelum join, rujuk dulu ustaz-ustaz anda tentang sistem yang diperkenalkan. Anda jangan tertipu dengan iklan mereka yang memberi jaminan halal atas sistem mereka dan siap letak ayat al-quran lagi. (Berani mereka mempergunakan ayat al-quran untuk menipu orang, kemurkaan Allah menanti mereka). Apakah mereka ada pegawai syariah yang dapat memberi jaminan tersebut.
  6. Pastikan tiada paksaan tertentu dalam MLM itu. Anda ada kebebasan untuk samada aktif ataupun pasif. Saya mengambil contoh HPA (kerana saya ahlinya). Saya tidak dipaksa untuk membuat pembelian tertentu dalam sebulan. Saya beli mengikut keperluan dan kemampuan kerana saya bukan mengharapkan bonus. Mereka juga tidak paksa saya untuk pergi ke program PBC untuk naik pangkat. Saya boleh pergi bila-bila saya suka. MLM yang baik adalah MLM yang paling sikit syaratnya. Selalunya mesti ada syarat perlu cari 2 orang downline, baru bisnes boleh jalan. Tapi, saya takde donwline pun bisnes saya jalan (saya jadi dealer kopi radix di UTP, sekarang tak aktif lagi, dah nak keluar UTP).
  7. Syarikat MLM itu jauh dari unsur-unsur haram. Ada syarikat yang juga menjalankan perniagaan arak dan itu disembunyikan daripada pengetahuan ahli. Duit jualan arak tersebut adalah haram dan ianya akan circulate di dalam syarikat dam sampai pada ahli. Maka kita juga akan makan duit haram. Kebanyakan MLM adalah milikan tauke cina, jadi mereka tak kisah akan ini semua.
Cukuplah sekadar ini yang dapat saya kongsikan. Jika anda sebarang komen tentang MLM ataupun post saya, sila tinggalkan di ruangan komen. Saya bukanlah orang yang perfect dan saya patut menerima teguran jika saya silap. Sebelum saya terlupa, saya ingin ingatkan kepada semua penggiat MLM yang sedang mencari orang, jangan letakkan sebarang iklan/promosi anda di masjid (terutamanya masjid UTP). Kalau saya jumpa, saya akan buang kerana itu yang telah diarahkan oleh Ustaz Rahmat. 2 minggu lepas saya ambil flyers vemmabuilder yang diletakkan sewaktu solat jumaat (mungkin orang luar punya) dan saya buang kesemuanya. Maaf jika nampak seperti menghalang perniagaan kamu, tapi rules is rules. Juga kita tak mahu cemarkan imej suci masjid sebagai tempat ibadah, bukannya pasar.

Sekian dahulu, Wallahu Ta'ala A'alam.

Tiada ulasan: