Mengenai Saya

Foto saya
Kg. Morten, Malacca, Malaysia
Me and Allah knows myself best!!

Nak join bisnes internet? Rujuk di sini....

Selasa, Ogos 25, 2009

List internet bisnes - panduan untuk anda memilih.

Assalamualaikum,

Oleh kerana posting saya sebelum ini banyak berkait dengan bisnes internet marketing, maka saya ingin mengambil sedikit inisiatif untuk menghasilkan list2 bisnes internet yang muncul di internet. InsyaAllah, saya akan update sebarang jenis bisnes, website yang muncul dan akan saya berikan sedikit penilaian berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang saya ada. Saya berharap inisiatif ini akan memberikan bantuan kepada sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bisnes internet.

Bukanlah niat saya untuk mengkondemkan semua bisnes internet. Cuma, saya tidak mahu para pengguna internet, terutamanya yang baru hendak menjinakkan diri mencari duit (bukan nak kaya eh) termasuk dalam mulut 'buaya internet'. Yang lebih menyedihkan adalah mereka yang terlibat kebanyakannya orang Melayu aka orang Islam. Maka atas dasar prihatin pada saudara seagama, saya ingin mengelakkan mereka daripada dibaham oleh tokey2 internet ini.

Kebanyakan 'buaya' yang menjalankan MLM ala internet ini adalah tokey2 cina. Namun, ada juga orang melayu yang turut sama menjadi penipu semata-mata nafsu dan cita-cita untuk menjadi kaya mengelabui iman untuk berlaku jujur.

Sebelum ini, saya telah memberikan guideline tentang bisnes2 internet yang umum (lihat tag 'bisnes intenet'). Namun, bisnes2 ini sering berevolusi dengan cepat, lebih cepat daripada bakteria dan virus. Maka, kali ini saya akan berusaha untuk menilai dan meneliti setiap website dan bisnes yang wujud, dan saya akan menyarankan apa yang sepatutnya dilakukan, jangan join, dinasihatkan jangan join atau boleh join.

InsyaAllah, penilaian yang akan saya berikan bagi setiap bisnes itu, bukan hanya melalui amatan saya sahaja, tetapi dengan sumber2 rujukan lain yang ada. Untuk menyenaraikannya bukan mudah, dan saya memerlukan masa untuk memulakan projek ini. (pada masa yang sama saya sedang bergelut dengan FYP saya). Masa yang dapat saya peruntukkan untuk projek ini adalah terhad, dan tidak ada akses internet 24 jam. Jadi, harap pembaca blog saya yang budiman dapat bersabar.....

(Jika anda ada terjumpa web atau biz baru, boleh forward kepada saya, InsyaAllah akan saya lihat dan review)

Jumaat, Ogos 21, 2009

Tuan Guru Nombor Ekor?

Assalamualaikum,

Seketika saya membuka iklanpercuma.com untuk melihat-lihat iklan yang ada, saya terserempak dengan satu website. Apa website itu? Jeng je jeng... http://tuanguru.t35.com/ (Doa Mustajab Penyelesai Masalah)

Awal saya baca website ni dia memperkenalkan produk minyak doa mustajab. Kononnya dibacakan dengan ayat2 al-quran dan doa-doa dan zikir ke atas minyak zaitun oleh seorang 'tuan guru' SyeikhMuzaffar Al-Muqri untuk menjadikan minyak itu power. Dapat membantu pelbagai masalah dengan 'izin' Allah.

Namun yang membuatkan saya terkejut dan tergelak sorang adalah apabila dinyatakan kelebihan mengambil minyak ini adalah:
  • MEMBERI TUAH TERBAIK DALAM SEGALA HAL SEPERTI DALAM NOMBOR 4D
  • BELI NOMBOR BOLEH KENA JIKA BERNIAT YANG BAIK – BAIK
Dan yang lain-lain hanyalah khasiat untuk lariskan perniagaan, pendinding dan sebagainya. Apa yang saya ingin tegaskan adalah tentang yang saya maksudkan diatas. Nombor Ekor?

Telah kita ketahui bahawa berjudi itu haram dengan mutlak, tak kisah lah sport toto ke, magnum ke. Semuanya haram. Namun, bagaimanakah seorang tuan guru yang kononnya menyuruh kita berserah kepada Allah menggalakkan pengguna untuk berjudi. Ini bukan lagi ustaz, ini bomoh ekor.

Kemudian, bila dikatakan nombor ekor boleh kena jika niat yang baik-baik. You're a making a joke man. Bukankah matlamat tidak menghalalkan cara? Walaupun anda berniat untuk bersedekah dengan duit ekor pun, tidak menjadikan ianya amalan yang mulia jika sumbernya haram. Maka jika caranya salah, apakah Allah akan memberikannya kena nombor ekor. Kena atau tidak, itu bukan dalam pengetahuan kita. Itu adalah ketentuan Allah.

Ada satu lagi ungkapan dalam website tersebut:

YA… DENGAN HANYA MEMINUMNYA

ANDA BAKAL MEMPEROLEHI KHASIATNYA TANPA PERLU

BERSUSAH – PAYAH UNTUK BERZIKIR SEPERTI TUAN GURU
Jika kita inginkan sesuatu, maka kita lah yang perlu meminta. Jika kita ingin mendampingiNya, maka kita yang perlu berzikir dan mengingatiNya. Bukannya minum dan kita tak perlu berzikir lagi. Nonsense!

Namun, boleh jika kita ingin mendapatkan berkat doa daripada seorang tuan guru atau ulama' kerana insyaAllah doa mereka mustajab. Namun, kita juga perlu berdoa dan beramal. Minta doa ustaz tapi kita sendiri tak pernah berdoa, adakah doa itu akan dimakbulkan. Allah sangat menyukai hamba-hambaNya yang selalu meminta dan berdoa.

Tak tahulah siapa yang salah. Mungkin juga tuan guru tersebut tidak terlibat, hanya namanya digunakan oleh 'anak muridnya'. Bukankah ini akan memburukkannya jika benar ustaz tersebut ada dan sememangnya orang yang soleh? Saya hanya berharap agar apa yang ditulis diwebsite itu adalah tidak benar dan orang yang melakukannya diberikan balasan yang setimpal.

Mungkin itu sahaja bebelan ringkas saya. Jadi saya ingin ingatkan, jika anda terjumpa mana-mana orang yang mengakui boleh memberikan nombor ekor, walaupun dia mengaku dia seorang tok guru (tok guru nombor ekor kot). Lagi memeningkan jika dikatakan bahawa ayat al-quran digunakan. Jiak terjumpa, maka elakkanlah. Bukankah jelas bahwa judi itu haram? Wallahu Ta'ala A'lam. Jika tersebut kesalahan dalam tulisan ini, sila tegur. Saya akan terima dengan penuh redha.

Ramadhan menjelma lagi : Gembiranya.............

Assalamualaikum,

Kepada para pembaca blog saya yang tidak seberapa ini, pertamanya saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang dipenuhi berkah yang terhingga. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang ingin mengabdikan diri kepadaNya, namun bulan yang leceh bagi yang hanya melihat Ramadhan sebagai bulan yang kita perlu berlapar.

InsyaAllah, selepas sebulan kita berpuasa, kita akan berHari Raya. Namun, bukan itu yang utama. Apa yang penting (kerjasama... gurau je), persediaan untuk menyambut Ramadhan itu sendiri. Begitu istimewanya Ramadhan ini hingga Allah menempatkan satu malam yang nilainya seperti 1000 bulan (83 tahun). Sama-samalah kita mencari malam ini.

Secara peribadi, saya sangat gembira tika datangnya bulan Ramadhan ini. Inilah bulan untuk saya memperbanyakkan amalan, setelah banyak masa yang telah saya bazirkan sebelum. Inilah juga bulan yang seringkali manusia lalai walaupun dijanjikan berbagai pahala dan ganjaran.

Bulan pesta ibadah seringkali disalahtafsir menjadi bulan pesta makan. Bazar Ramadhan tumbuh bagaikan cendawan. Tidak salah untuk berbelanja diluar, namun, jangan sampai membazir.

Kebetulan juga, hari ini adalah hari memperingati al-quds (21 ogos). Walaupun kita jauh daripada mereka, hendaklah kita beringat akan kesengsaraan yang mereka alami. Sekiranya kita tak dapat menghadirkan diri membantu mereka disana, cukuplah dengan memberikan sumbangan kita kepada mereka melalui badan2 yang diiktiraf dan dipercayai. Jika sukar untuk keluarkan duit, maka berikanlah doa kepada mereka. Terutamanya dibulan Ramadhan ini.

Akhir kalam, sama-samalah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menambahkan amalan kita dan semoga kita keluar daripada bulan tarbiyah sebagai seorang muslim dan mukmin yang lebih baik. Wallahu Ta'ala A'lam

Isnin, Ogos 17, 2009

Bisnes Ceramic dan yang seumpamanya. (sellback option)

Assalamualaikum,

Lupa pulak nak mengetengahkan tentang isu ini, iaitu mengenai bisnes ceramic (ceramic club, bla. bla). Walaupun agak lambat kerana telah diserbu, namun saya rasa masih relevan kerana ada lagi yang muncul dengan konsep yang sama.

Sejak saya mula terjumpa dengan ceramic club ini, saya baca, baca, baca, tapi 'sellback option'? Apa ini? Setelah banyak terlibat dalam bisnes internet yang menipu menjadikan saya lebih berhati-hati terhadap segala bentuk bisnes terutama yang samar-samar dan lebih-lebih lagi tiada produk (mungkin e-book atau program derma-menderma, lihat posting saya yang terdahulu).

Saya memang keliru dengan sistem "sellback option" ini. Apabila saya membaca, apa yang saya faham adalah, kita membayar sejumlah wang untuk membeli produk, namun kita mempunyai pilihan untuk menjual semula kepada kompeni dengan harga yang lebih tinggi. Nampak macam menguntungkan tapi mengelirukan. Kenapa mengelirukan? Mari saya terangkan.

1) Barang itu ada tidak?
Kita bayar dan jual balik. Barang itu tidak pernah sampai ke tangan kita. (ada yang kata nanti, kalau syarikat hantar kat kita, pastu kita hantar balik kat diorang, kan dah rugi kos penghantaran). Bukan itu masalahnya. Apabila kita tidak menerima produk tersebut, maka dapat dikhuatiri bahawa produk itu tidak langsung wujud. Hanya wujud atas kertas dan mulut.

2) Ada yang ambil produk tu?
Saya berani kata 99% takde org ambil untuk digunakan. Majority akan sellback kepada company. Dan ini juga akan mengukuhkan bahawa produk itu tidak wujud untuk pembeli. Jika ada yang menerimanya, itu mungkin daripada simpanan mereka yang akan mereka hantar sekiranya ada yang meminta. Itupun dalam jumlah yang sedikit. Jadi ini menjadi keraguan juga.

3) Akad yang tidak sempurna.
Dalam akad jual beli, perlu ada pembeli, penjual, produk atau barang dan akhirnya akad. Dalam sistem sellback option ini, semuanya dipenuhi kecuali satu iaitu produk. Pernahkah anda melihat produk yang akan anda beli itu depan mata anda? Sedangkan anda hanya melihat gambar sedangkan produknya mungkin tiada. Jika ada, mungkin itu adalah set pameran yang akan ditunjukkan kepada ribuan pelanggan yang lain. Jadi disini, akad mungkin akan terbatal kerana menjual sesuatu yang samar, seperti menjual anak binatang yang masih dalam kandungan (mungkin akan mati dalam kandungan) atau menjual buah yang masih dipokok atau menjual ikan yang masih dilautan (belum ditangkap lagi).

4) Lambakan ceramic
Satu lagi yang saya keliru, iaitu jika semua membuat sellback option, maka kepada siapakah pula syarikat akan menjual semua ceramic tersebut. Berapa banyak orang yang ingin membelinya, dan berapa kerat pula orang kaya di Malaysia. Ini akan menyebabkan lambakan stok yang keterlaluan akibat sistem sellback option.

Tak paham? OK, saya akan jelaskan lagi. Apabila kita membeli sesuatu barang, barang itu harus wujudkan? Dan kemudian kitajual semula barang itu kepada kompeni dengan harag yang lebih tinggi. Maka barang tersebut masih wujud (takkan tetiba hilang lak). Dan seperti yang saya katakan tadi, 99% akan membuat sellback option. Maka, jika ada 10000 peserta dan setiap peserta membuat sellback setiap bulan, maka untuk setahun:

10000 x 12 bulan = 12000 ceramic yang mahal dalam stok!!

Maka, persoalannya, kepada siapakah syarikat akan menjual semula ceramic tersebut yang semestinya akan lebih mahal daripada yang dibeli oleh peserta tadi (siapa yang nak rugi kan?). Adakah kepada peserta semula kerana semestinya mereka tidak akan membeli (kerana awal2 lagi mereka telah menjual semula). Keadaan ini akan menyebabkan lambakan stok dan boleh menyebabkan syarikat bankrup kerana sellback terus berlaku setiap bulan. Dan saya pasti bahawa ahli ceramic ini bukan hanya 10000 orang, malah lebih.

Atas sebab diatas, maka saya sangat meragui bisnes ini. Saya juga khuatir pada masa itu, terdapat student UTP yang turut sama terjebak. Mereka meyakinkan orang baru dengan check yang mereka dapat. Namun, apabila ceramic club ini diserbu, maka posting mereka turut hilang.

Kini, saya tak dengar lagi apa2 iklan atau berita mengenai ceramic ini. Dan lepas itu, saya dikejutkan pula dengan banjiran e-mail mengenai program baru iaitu dari abc2u.net, konsep cam ceramic namun oleh syarikat yang lain iaitu krypton works. dan produknya ialah benih atau anak pokok jarak. (disamping itu juga kita dapat baja).

Program ini bermula dengan modal yang lebih kecil berbanding ceramic (mungkin orang fikir ini ok kot sebab modal kecil). Kita dapat baja dan boleh jual balik pokok jarak tu pada kompeni. OK sekarang ni, pokok jarak memang tak macam ceramic, sebab pokok jarak boleh ditanam oleh syarikat dan menghasilkan buah yang dipercayai dapat menghasilkan biodiesel. Mula-mula saya dapat menerimanya perniagaan pokok jarak. Namun, kegusaran yang sama ialah, adakah company membuka perusahaan pokok jarak. Jika ada, perlu dibuktikan kewujudan penanaman itu. Jika tidak, kryton works adalah sama sahaja dengan asia ceramic.

Saya memang jangkakan artikel ini mungkin akan mendapat tentangan daripada mereka yang bergiat aktif dalam program2 sebegini. Saya hanya menyampaikan sahaja dan terpulang kepada anda untuk menerima nasihat ini. Tambahan nasihat saya, jika ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet, 1) Kaji betul2 sistem program itu, 2) Dapatkan nasihat pakar atau ahli agama (bukan nasihat upline), 3) Pastikan program itu ada produknya, 4) Pastikan juga produk itu berbaloi harganya dan yang penting tanya iman sebelum join, bukan tanya nafsu.

Wallahu Ta'ala A'lam, jika ada lagi bisnes baru yang bercambah, yang bertentangan atau mengelirukan, akan saya kemukakan, agar kita tidak tertipu.