Mengenai Saya

Foto saya
Kg. Morten, Malacca, Malaysia
Me and Allah knows myself best!!

Nak join bisnes internet? Rujuk di sini....

Jumaat, Ogos 21, 2009

Tuan Guru Nombor Ekor?

Assalamualaikum,

Seketika saya membuka iklanpercuma.com untuk melihat-lihat iklan yang ada, saya terserempak dengan satu website. Apa website itu? Jeng je jeng... http://tuanguru.t35.com/ (Doa Mustajab Penyelesai Masalah)

Awal saya baca website ni dia memperkenalkan produk minyak doa mustajab. Kononnya dibacakan dengan ayat2 al-quran dan doa-doa dan zikir ke atas minyak zaitun oleh seorang 'tuan guru' SyeikhMuzaffar Al-Muqri untuk menjadikan minyak itu power. Dapat membantu pelbagai masalah dengan 'izin' Allah.

Namun yang membuatkan saya terkejut dan tergelak sorang adalah apabila dinyatakan kelebihan mengambil minyak ini adalah:
  • MEMBERI TUAH TERBAIK DALAM SEGALA HAL SEPERTI DALAM NOMBOR 4D
  • BELI NOMBOR BOLEH KENA JIKA BERNIAT YANG BAIK – BAIK
Dan yang lain-lain hanyalah khasiat untuk lariskan perniagaan, pendinding dan sebagainya. Apa yang saya ingin tegaskan adalah tentang yang saya maksudkan diatas. Nombor Ekor?

Telah kita ketahui bahawa berjudi itu haram dengan mutlak, tak kisah lah sport toto ke, magnum ke. Semuanya haram. Namun, bagaimanakah seorang tuan guru yang kononnya menyuruh kita berserah kepada Allah menggalakkan pengguna untuk berjudi. Ini bukan lagi ustaz, ini bomoh ekor.

Kemudian, bila dikatakan nombor ekor boleh kena jika niat yang baik-baik. You're a making a joke man. Bukankah matlamat tidak menghalalkan cara? Walaupun anda berniat untuk bersedekah dengan duit ekor pun, tidak menjadikan ianya amalan yang mulia jika sumbernya haram. Maka jika caranya salah, apakah Allah akan memberikannya kena nombor ekor. Kena atau tidak, itu bukan dalam pengetahuan kita. Itu adalah ketentuan Allah.

Ada satu lagi ungkapan dalam website tersebut:

YA… DENGAN HANYA MEMINUMNYA

ANDA BAKAL MEMPEROLEHI KHASIATNYA TANPA PERLU

BERSUSAH – PAYAH UNTUK BERZIKIR SEPERTI TUAN GURU
Jika kita inginkan sesuatu, maka kita lah yang perlu meminta. Jika kita ingin mendampingiNya, maka kita yang perlu berzikir dan mengingatiNya. Bukannya minum dan kita tak perlu berzikir lagi. Nonsense!

Namun, boleh jika kita ingin mendapatkan berkat doa daripada seorang tuan guru atau ulama' kerana insyaAllah doa mereka mustajab. Namun, kita juga perlu berdoa dan beramal. Minta doa ustaz tapi kita sendiri tak pernah berdoa, adakah doa itu akan dimakbulkan. Allah sangat menyukai hamba-hambaNya yang selalu meminta dan berdoa.

Tak tahulah siapa yang salah. Mungkin juga tuan guru tersebut tidak terlibat, hanya namanya digunakan oleh 'anak muridnya'. Bukankah ini akan memburukkannya jika benar ustaz tersebut ada dan sememangnya orang yang soleh? Saya hanya berharap agar apa yang ditulis diwebsite itu adalah tidak benar dan orang yang melakukannya diberikan balasan yang setimpal.

Mungkin itu sahaja bebelan ringkas saya. Jadi saya ingin ingatkan, jika anda terjumpa mana-mana orang yang mengakui boleh memberikan nombor ekor, walaupun dia mengaku dia seorang tok guru (tok guru nombor ekor kot). Lagi memeningkan jika dikatakan bahawa ayat al-quran digunakan. Jiak terjumpa, maka elakkanlah. Bukankah jelas bahwa judi itu haram? Wallahu Ta'ala A'lam. Jika tersebut kesalahan dalam tulisan ini, sila tegur. Saya akan terima dengan penuh redha.

Tiada ulasan: