Mengenai Saya

Foto saya
Kg. Morten, Malacca, Malaysia
Me and Allah knows myself best!!

Nak join bisnes internet? Rujuk di sini....

Isnin, Ogos 17, 2009

Bisnes Ceramic dan yang seumpamanya. (sellback option)

Assalamualaikum,

Lupa pulak nak mengetengahkan tentang isu ini, iaitu mengenai bisnes ceramic (ceramic club, bla. bla). Walaupun agak lambat kerana telah diserbu, namun saya rasa masih relevan kerana ada lagi yang muncul dengan konsep yang sama.

Sejak saya mula terjumpa dengan ceramic club ini, saya baca, baca, baca, tapi 'sellback option'? Apa ini? Setelah banyak terlibat dalam bisnes internet yang menipu menjadikan saya lebih berhati-hati terhadap segala bentuk bisnes terutama yang samar-samar dan lebih-lebih lagi tiada produk (mungkin e-book atau program derma-menderma, lihat posting saya yang terdahulu).

Saya memang keliru dengan sistem "sellback option" ini. Apabila saya membaca, apa yang saya faham adalah, kita membayar sejumlah wang untuk membeli produk, namun kita mempunyai pilihan untuk menjual semula kepada kompeni dengan harga yang lebih tinggi. Nampak macam menguntungkan tapi mengelirukan. Kenapa mengelirukan? Mari saya terangkan.

1) Barang itu ada tidak?
Kita bayar dan jual balik. Barang itu tidak pernah sampai ke tangan kita. (ada yang kata nanti, kalau syarikat hantar kat kita, pastu kita hantar balik kat diorang, kan dah rugi kos penghantaran). Bukan itu masalahnya. Apabila kita tidak menerima produk tersebut, maka dapat dikhuatiri bahawa produk itu tidak langsung wujud. Hanya wujud atas kertas dan mulut.

2) Ada yang ambil produk tu?
Saya berani kata 99% takde org ambil untuk digunakan. Majority akan sellback kepada company. Dan ini juga akan mengukuhkan bahawa produk itu tidak wujud untuk pembeli. Jika ada yang menerimanya, itu mungkin daripada simpanan mereka yang akan mereka hantar sekiranya ada yang meminta. Itupun dalam jumlah yang sedikit. Jadi ini menjadi keraguan juga.

3) Akad yang tidak sempurna.
Dalam akad jual beli, perlu ada pembeli, penjual, produk atau barang dan akhirnya akad. Dalam sistem sellback option ini, semuanya dipenuhi kecuali satu iaitu produk. Pernahkah anda melihat produk yang akan anda beli itu depan mata anda? Sedangkan anda hanya melihat gambar sedangkan produknya mungkin tiada. Jika ada, mungkin itu adalah set pameran yang akan ditunjukkan kepada ribuan pelanggan yang lain. Jadi disini, akad mungkin akan terbatal kerana menjual sesuatu yang samar, seperti menjual anak binatang yang masih dalam kandungan (mungkin akan mati dalam kandungan) atau menjual buah yang masih dipokok atau menjual ikan yang masih dilautan (belum ditangkap lagi).

4) Lambakan ceramic
Satu lagi yang saya keliru, iaitu jika semua membuat sellback option, maka kepada siapakah pula syarikat akan menjual semua ceramic tersebut. Berapa banyak orang yang ingin membelinya, dan berapa kerat pula orang kaya di Malaysia. Ini akan menyebabkan lambakan stok yang keterlaluan akibat sistem sellback option.

Tak paham? OK, saya akan jelaskan lagi. Apabila kita membeli sesuatu barang, barang itu harus wujudkan? Dan kemudian kitajual semula barang itu kepada kompeni dengan harag yang lebih tinggi. Maka barang tersebut masih wujud (takkan tetiba hilang lak). Dan seperti yang saya katakan tadi, 99% akan membuat sellback option. Maka, jika ada 10000 peserta dan setiap peserta membuat sellback setiap bulan, maka untuk setahun:

10000 x 12 bulan = 12000 ceramic yang mahal dalam stok!!

Maka, persoalannya, kepada siapakah syarikat akan menjual semula ceramic tersebut yang semestinya akan lebih mahal daripada yang dibeli oleh peserta tadi (siapa yang nak rugi kan?). Adakah kepada peserta semula kerana semestinya mereka tidak akan membeli (kerana awal2 lagi mereka telah menjual semula). Keadaan ini akan menyebabkan lambakan stok dan boleh menyebabkan syarikat bankrup kerana sellback terus berlaku setiap bulan. Dan saya pasti bahawa ahli ceramic ini bukan hanya 10000 orang, malah lebih.

Atas sebab diatas, maka saya sangat meragui bisnes ini. Saya juga khuatir pada masa itu, terdapat student UTP yang turut sama terjebak. Mereka meyakinkan orang baru dengan check yang mereka dapat. Namun, apabila ceramic club ini diserbu, maka posting mereka turut hilang.

Kini, saya tak dengar lagi apa2 iklan atau berita mengenai ceramic ini. Dan lepas itu, saya dikejutkan pula dengan banjiran e-mail mengenai program baru iaitu dari abc2u.net, konsep cam ceramic namun oleh syarikat yang lain iaitu krypton works. dan produknya ialah benih atau anak pokok jarak. (disamping itu juga kita dapat baja).

Program ini bermula dengan modal yang lebih kecil berbanding ceramic (mungkin orang fikir ini ok kot sebab modal kecil). Kita dapat baja dan boleh jual balik pokok jarak tu pada kompeni. OK sekarang ni, pokok jarak memang tak macam ceramic, sebab pokok jarak boleh ditanam oleh syarikat dan menghasilkan buah yang dipercayai dapat menghasilkan biodiesel. Mula-mula saya dapat menerimanya perniagaan pokok jarak. Namun, kegusaran yang sama ialah, adakah company membuka perusahaan pokok jarak. Jika ada, perlu dibuktikan kewujudan penanaman itu. Jika tidak, kryton works adalah sama sahaja dengan asia ceramic.

Saya memang jangkakan artikel ini mungkin akan mendapat tentangan daripada mereka yang bergiat aktif dalam program2 sebegini. Saya hanya menyampaikan sahaja dan terpulang kepada anda untuk menerima nasihat ini. Tambahan nasihat saya, jika ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet, 1) Kaji betul2 sistem program itu, 2) Dapatkan nasihat pakar atau ahli agama (bukan nasihat upline), 3) Pastikan program itu ada produknya, 4) Pastikan juga produk itu berbaloi harganya dan yang penting tanya iman sebelum join, bukan tanya nafsu.

Wallahu Ta'ala A'lam, jika ada lagi bisnes baru yang bercambah, yang bertentangan atau mengelirukan, akan saya kemukakan, agar kita tidak tertipu.

Tiada ulasan: