Mengenai Saya

Foto saya
Kg. Morten, Malacca, Malaysia
Me and Allah knows myself best!!

Nak join bisnes internet? Rujuk di sini....

Ahad, Jun 21, 2009

Kerajaan Perpaduan - Perangkap Buat PAS

Assalamualaikum,

Sejak berakhirnya Muktamar PAS kali ke-55, isu kerajaan perpaduan menjadi semakin hangat diperbincangkan. Banyak mulut yang memberikan pandangan, banyak artikel yang ditulis yang akhirnya menimbulkan salah faham dan perbalahan. Orang awam melihatkan seakan-akan PAS sudah mula berpecah akibat daripada isu ini. Dan yang empunya angkara, UMNO.

Siapa yang akan mendapat manfaat yang paling besar sekiranya isu ini makin diperapikan dan menimbulkan kekacauan? Sudah tentulah UMNO yang telah menjadi seteru bagi PAS selama 50 tahun. Kini, mereka sedang bersorak sorai melihatkan beberapa pihak atasan dan bawahan dalam PAS mula bercakaran, dan berkait pula dengan Pakatan Rakyat. Namun, tidak semua yang akan termakan dengan perangkap ini. Hanya mereka yang benar-benar menghayati perjuangan di dalam gerakan dakwah dapat menangkis dakyah.

Media utama Malaysia, Utusan Meloya dan Berita Hairan telah memainkan peranan penting dalam menambahkan minyak ke dalam pergolakan ini. Tidak lupa juga Buletin Utama yang turut menyumbangkan tenaga untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Kenyataan-kenyataan pimpinan diubahsuai dan dipotong-potong (ambil sekerat-sekerat) supaya pembaca dan penonton akan ditipu dan salah faham terhadap isu yang sebenar.

Saya bukanlah orang yang mudah makan dan membuat kesimpulan dengan apa yang mereka sajikan. Saya hanya pastikan diri saya mendapat maklumat daripada sumber yang betul. Jika ingin tahu tentang PAS, dengarlah daripada Harakah, pedulikan media lain. Sesungguhnya, media kerajaan telah diketahui akan putar-belitnya dan sering juga di saman kerana perbuatannya mengikut telunjuk mereka yang berkuasa.

Bagi saya, saya mengambil pendirian untuk tidak membuat spekulasi dan kesimpulan yang melampau akan isu ini. Saya khuatir, jika saya bertindak sedemikian, saya akan merosakkan jemaah ini. Maka saya mengambil keputusan untuk berdiam diri, dan menunggu keputusan daripada pimpinan. Bukan tugas saya untuk menganalisa isu ini. Namun, saya kecewa apabila melihat beberapa sahabat saya, yang saya syaki termakan racun yang telah UMNO pasang. Sememangnya itulah yang mereka inginkan, agar seluruh ahli PAS dan PR berdebat, berbicara mengikut akal mereka sendiri sedangkan mereka hanya tahu sedikit dan mengerti akan perihal yang sebenarnya.

Apabila sesama ahli bercakaran, maka akan rapuhlah jemaah itu, maka mudahlah untuk musuh menghancurkannya. Saya masih teringat akan teguran pedas yang senior saya berikan. Siapa kita untuk memberikan ulasan dan pandangan? Siapa kita untuk menghakimi sesuatu perkara? Sudah cukup hebatkah kita di dalam medan perjuangan? Sudah banyakkah pengorbanan yang kita curahkan? Nilai diri sendiri. Juga teguran oleh sahabat Nik Abduh yang juga pedas, bahawa janganlah kita membuat kerja-kerja bodoh dalam PAS. Mungkin anda perlu melawat ke blog beliau dan fahami maksudnya.

Oleh itu, hentikanlah segala pertikaian dalaman yang tidak menguntungkan ini. Jangan cepat menuduh sebarangan tanpa kita mengetahui segalanya. Bukankah kita ada tugas lain selain daripada ini iaitu untuk menyampaikan dakwah? Bukankah itu sebenarnya tugas utama kita dan kita bukanlah ahlinya untuk turut sibuk dalam hal2 siasah? Serahkanlah segalanya kepada pimpinan dan syura, dan kita laksanakan tugas masing-masing. Semoga Islam terus berkembang dan menang. Sekadar peringatan dari saya, namun apa yang saya nukilkan tidak sempurna, jika ada kesalahan maka tegurlah dan peringatkan. Wallahu Ta'ala A'lam.

Jumaat, Jun 19, 2009

Tunjukkan akhlak dan adab kita..

Assalamualaikum,

Kali ini saya ingin berkongsi apa yang berlaku semalam. Ketika saya bersiap-siaga untuk ke kedai komputer, (untuk menukar switch kepada router, saya dah salah beli), tika itu mak andam kakak saya kelmarin datang untuk mengambil barang-barang pelaminnya. Sedang mengemas, dia mengkhabarkan bahawa ada seorang tourist mat salleh ada bersamanya. Saya pun keluar untuk melihat dan membantu apa yang patut.

Terlihat sahaja pelancong yang sedang makan rambutan itu, saya terus menyapanya dan memulakan bicara. Pelancong tersebut datang dari switzerland dan telah banyak melancong. Sebelum sampai ke Melaka, dia telah ke Russia, China, Kemboja, Thailand, Pulau Pinang dan baru tiba dari Kuala Lumpur dengan bas. Makcik Laila (mak andam tadi) jumpa dia sedang berjalan seolah-olah tanpa tujuan. Sedang saya berbual, ibu saya memanggil, menjemput pelancong tadi untuk minum air sirap.

Sedang kami minum, saya terus berbual. Saya tidaklah terlalu fasih berbahasa Inggeris, tapi cukup untuk membuat pelancong tersebut selesa. Oh ya, pelancong tersebut menamakan dirinya sebagai Jonas. Jonas melancong seorang diri dan suka berjalan ikut suka hati dia, tapi katanya ingin ke pantai (yang saya kira Bandar Hilir, pusat pelancongan di Melaka), tapi Makcik Laila kata dia sedang berjalan kearah tengah melaka, bukan ke Pantai. Saya risau sekiranya dia sesat dan mungkin di tipu orang (walaupun dia pernah ditipu ketika di China, sebab tu dia tak suka Tourist Guide), dia perlukan seseorang untuk menunjukkan jalan. Nasib menyebelahinya, saudara saya seorang penarik beca pelancong, dan saya meminta agar dibawa sahaja Jonas ke Bandar Hilir, bawa pusing-pusing dan check-in di hotel atau rumah tumpangan. Kebetulan dia tiada pelanggan, maka inilah rezekinya (kerja sebagai penarik beca pelancong, boleh dapat RM40 setiap jam).

Kami terus berbual, bercerita tentang Melaka, kampung saya (Kampung Morten) dan beberapa perkara menarik tentang Malaysia. Kebetulan, pada hari itu ibu saya ada menyediakan pulut dan pengat durian, maka dihidangkan jua untuk Jonas. Walaupun agak ragu-ragu untuk makan, namun akhirnya dia suka dan lazat katanya. Tidak berapa lama kemudian, beca yang ditunggu dah tiba, juga bersama selori durian, (kebetulan lalu). Kami mempelawanya mencuba makan durian (tadi pengat, sekarang yang fresh punya). Seperti pelancong lain, dia sukar untuk menghabiskannya.

Pertemuan kami tamat, dan kini dia dalam perjalanan ke Bandar Hilir, ketika saya mnulis artikel ini, pasti dia sedang meronda-ronda di Bandar Hilir lagi dan katanya, selepas ini dia akan ke Singapura pula.

Tujuan saya berkongsi kisah ini, bukanlah saja-saja, namun ada perkara yang ingin saya tekankan. Iaitu akhlak kita. Kebanyakan pelancong apabila datang ke Malaysia, membawa satu tanggapan bahawa orang Malaysia ramah dan baik, jika tidak, masakan ramai pelancong yang datang saban tahun? Maka menjadi tanggungjawab kita untuk membuktikannya. Bukan sahaja negara mendapat nama, malah Islam juga, kerana Melayu sinonim dengan Islam. Tunjukkan keramahan dan 'hospitality' kita. Siapa tahu, apabila dia pulang, akan diceritakan kepada seluruh negaranya, bukankah negara kita makin harum namanya, dan salah faham terhadap Islam juga dapat dileraikan?

Selain itu, apa yang ingin saya tekankan adalah menjadi akhlak seorang muslim yang sejati untuk senantiasa menghulurkan bantuan terhadap yang memerlukan walaupun dia buka seagama dengan kita. Namun, apabila kita berbicara mengenai menghulurkan bantuan, perlu juga kita berhati-hati kerana ramai juga manusia penipu yang mengambil kesempatan di atas kemurahan hati kita. Hinggakan orang ramai mula tawar hati untuk menghulurkan bantuan atau derma dan hinggakan orang yang BETUL-BETUL fakir menerima cercaan, kononnya dia olok-olok menjadi fakir. Kesian saya, pernah disuarakan oleh sepasang suami isteri yang buta, menjual tisu di Pudu Raya, dicerca akibat ketidakpercayaan terhadap peminta sedekah (kisahnya ada disiarkan oleh Mastika). Maka, kita perlu pandai menilai seseorang sebelum menghulurkan bantuan. Tips ringkas saya, jika kita hulur hatta seringgit pun, dan sipenerima menerimanya dengan suka hati, maka itu yang benar. Jika kita hulur, tapi diminta lebih lagi (kononnya tak makan, nak balik rumah bla. bla. bla), maka itulah yang palsu.

Maka, ingin saya ulangi lagi, bahawa hendaklah kita menunjukkan akhlak kita sebagai seorang muslim, ramah dan senang menghulurkan bantuan terutamanya kepada mereka yang sering prejudis terhadap agama Islam. Wallahu Ta'ala A'lam.

Rabu, Jun 10, 2009

SIS selayaknya diharamkan

Assalamualaikum,

Posting saya berhenti buat seketika kerana sibuk menguruskan walimah kakak saya sabtu lepas. Maaf.

Selepas muktamar PAS berakhir, saya terkejut apabila melihat berita baris (yang lalu kat bawah tv masa buletin utama). SIS melabelkan PAS sebagai parti yang autokratik dan hipokrit. Kenyataan ini dibuat kerana usul yang diterima tanpa bahas yang diutarakan oleh PAS kawasan Shah Alam yang menggesa kerajaan untuk mengharamkan pertubuhan yang bernama Sisters in Islam. Bagi saya macam Satan in Islam adela.

Sejak dulu, SIS telah banyak membuat kontroversi mengenai syara' dan prinsip dalam Islam terutamanya yang melibatkan wanita dan kekeluargaan. Nama mereka 'boom' apabila Aminah Wadud mengimamkan solat Jumaat (dan makmumnya lelaki-lelaki gatal). Mereka terus membuat kacau dengan mempersoalkan keadilan bagi wanita. Nonsense. Lelaki dan wanita mempunyai mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing.

Islam tidak menindas wanita. Malah Islam begitu mengangkat kedudukan wanita. Mari lihat beberapa keistimewaan wanita:
1) Dalam sebuah hadis, seorang sahabat bertanya, siapa yang patut ditaati setelah Allah dan Rasul, maka Rasulullah S.A.W menyebut Ibumu sebanyak tiga kali, kemudian disusuli Ayah.
2) Seorang isteri hanya perlu mentaati suaminya hingga suaminya redha padanya (tanpa meninggalkan amalan wajib) untuk masuk kedalam syurga.
3) Walaupun syurga isteri dibawah tapak kaki suami, begitu juga syurga anak dibawah tapak kaki ibu.
4) Seorang anak lelaki kekal perlu menanggung kedua ibu bapanya dan isterinya manakala seorang perempuan yang bergelar isteri terlepas tanggungannya dan perlu memberi ketaatan penuh pada suaminya.
5) Perempuan mendapat bahagian yang lebih besar daripada lelaki dalam perihal harta warisan.

Ini baru sebahagian, kalau terus dikaji, banyak lagi kemuliaan seorang wanita. Maka, buat apa nak mempersoalkan tentang keadilan Islam terhadap wanita. Jika kita kaji sejarah, Barat lebih teruk menindas wanita di zaman Revolusi Perindustrian. Wanita dan kanak-kanak dijadikan buruh, dan dianggap sebagai pemuas nafsu semata-mata (masih berterusan hingga kini). Jadi kenapa perlu diagungkan Barat kononnya wanita mereka bebas dan mendapat keadilan.

Kini, mereka menuduh pula PAS, sebuah jemaah Islam sebagai autokratik dan hipokrit. Ini sudah melampau. Kalaulah, saya mempunyai kuasa, akan saya haramkan dan bubarkan SIS, ahli-ahlinya akan dipulihkan akidahnya. Namun, pelik, hingga kini masih bebas membuat kacau, menggangu akidah umat Islam seluruh dunia dengan gerakan Islam Liberalnya. Kenapa begitu cepat pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan ajaran-ajaran sesat, namun ajaran sesat yang ini tak berani pula nak ambil tindakan sehingga perlu dibuat usul untuk menggesa kerajaan mengambil tindakan. Carilah siapa yang menganggotai SIS dan anda akan tahu sebabnya. Wallahu Ta'ala A'lam.

Rabu, Jun 03, 2009

Ziarah Pimpinan - Ustaz Harun Taib

"Ustaz ni, insyaallah, fikrah anta tak bercelaru" kata Hakim pada saya sebelum kami (saya dan beberapa sahabat) bertolak ke Manir, Kuala Terengganu untuk menziarahi seorang pimpina PAS yang tidak asing lagi. Beliau kini menduduki antara tempat tertinggi, Ketua Dewan Ulama PAS dengan kemenangan tanpa bertanding.

Kata sahabat saya begitu kerana berlakunya kecelaruan fikrah di kampus kami. Tak perlu saya sebutkan nama penuhnya, cukup dengan gelaran rausyanfikir. Maka, ziarah ini adalah peluang untuk bertanya kepada yang arif untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan tentang fikrah.

Kami bertolak pada pukul 12.00 tghhari dari dungun, berhenti solat jumaat di Rusila, dan terus ke Manir. Kami tiba agak lewat, 15 minit daripada janji kami iaitu 2.30 ptg. Silap kami juga kerana tak 'inform' lebih awal akan kelewatan kami. Segan juga kami apabila ustaz menunggu kedatangan kami. Beliau seorang Ketua Dewan Ulama, Timbalan Pesuruhjaya Terengganu, Adun Manir dan YDP Hulu Terengganu. Orang yang setinggi beliau sedang menunggu ketibaan kami!

Sesi bersama ustaz Harun Taib, tidak banyak yang kami tahu tentang latar belakang beliau. Namun, beberapa perkara yang menarik tentang diri ustaz. Sejak dari usia 12 tahun lagi, beliau telah bersama-sama PAS, usia yang ketika itu, saya sendiri masih malas untuk solat, apatah lagi untuk memahami fikrah perjuangan. Dengan itu, yakinlah saya bahawa fikrah PAS yang sebenar tertanam di dalam diri Ustaz Harun Taib.

Beliau seorang yang tegas. Apabila kami menanyakan tentang permasalahan Gamis yang berlaku sekarang, beliau tegas menjawab bahawa kecelaruan ini perlu dihentikan dan beliau akan turun untuk menjawab persoalan-persoalan. Beliau juga pernah menghadapi masalah ini dengan menjawab melalui dua buku yang beliau karang, Taadud Jamaah dan satu lagi saya lupa. Namun, buku taadud saya miliki dan menjadi rujukan saya dalam menjawab persoalan mengenai jemaah yang benar dan permasalahan taadud.

Beliau juga sangat mementingkan tarbiyah, lebih daripada politik. Maka dengan usaha beliau dan sahabat, maka terbinalah sebuah markaz tarbiyah, di tapak yang sama beliau tinggal sekarang (markaz ini wujud lebih awal daripada taman melewar, malah markaz tarbiyah yang pertama). Beliau juga giat menjalankan kuliah agama kepada umum. Beliau telah berpesan agar menjalankan usaha dakwah, bukan hanya sekadar berpolitik untuk menangkis tanggapan masyarakat bahawa PAS adalah sekadar parti politik, bukannya jemaah islam.

Disebalik ketegasan beliau, tersembunyi wajah yang begitu jernih. Saya sungguh seronok dapat bertemu mata dengan ustaz. Mungkin selepas ini saya dapat bertemu mata dengan TGNA dan TGHA pula, setelah saya terjun ke dunia perjuangan yang sebenar.

Sesi kami tamat pada pukul 4.30 petang. Malangnya, ustaz tidak dapat bersama kami lebih lama lagi kerana ustaz ada janji yang lain. Insyaallah segala perkara yang saya dapat garap daripada pertemuan ini akan saya gunakan dan amalkan sebagai persiapan menjadi salah seorang pejuang agama.