Mengenai Saya

Foto saya
Kg. Morten, Malacca, Malaysia
Me and Allah knows myself best!!

Nak join bisnes internet? Rujuk di sini....

Rabu, Jun 03, 2009

Ziarah Pimpinan - Ustaz Harun Taib

"Ustaz ni, insyaallah, fikrah anta tak bercelaru" kata Hakim pada saya sebelum kami (saya dan beberapa sahabat) bertolak ke Manir, Kuala Terengganu untuk menziarahi seorang pimpina PAS yang tidak asing lagi. Beliau kini menduduki antara tempat tertinggi, Ketua Dewan Ulama PAS dengan kemenangan tanpa bertanding.

Kata sahabat saya begitu kerana berlakunya kecelaruan fikrah di kampus kami. Tak perlu saya sebutkan nama penuhnya, cukup dengan gelaran rausyanfikir. Maka, ziarah ini adalah peluang untuk bertanya kepada yang arif untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan tentang fikrah.

Kami bertolak pada pukul 12.00 tghhari dari dungun, berhenti solat jumaat di Rusila, dan terus ke Manir. Kami tiba agak lewat, 15 minit daripada janji kami iaitu 2.30 ptg. Silap kami juga kerana tak 'inform' lebih awal akan kelewatan kami. Segan juga kami apabila ustaz menunggu kedatangan kami. Beliau seorang Ketua Dewan Ulama, Timbalan Pesuruhjaya Terengganu, Adun Manir dan YDP Hulu Terengganu. Orang yang setinggi beliau sedang menunggu ketibaan kami!

Sesi bersama ustaz Harun Taib, tidak banyak yang kami tahu tentang latar belakang beliau. Namun, beberapa perkara yang menarik tentang diri ustaz. Sejak dari usia 12 tahun lagi, beliau telah bersama-sama PAS, usia yang ketika itu, saya sendiri masih malas untuk solat, apatah lagi untuk memahami fikrah perjuangan. Dengan itu, yakinlah saya bahawa fikrah PAS yang sebenar tertanam di dalam diri Ustaz Harun Taib.

Beliau seorang yang tegas. Apabila kami menanyakan tentang permasalahan Gamis yang berlaku sekarang, beliau tegas menjawab bahawa kecelaruan ini perlu dihentikan dan beliau akan turun untuk menjawab persoalan-persoalan. Beliau juga pernah menghadapi masalah ini dengan menjawab melalui dua buku yang beliau karang, Taadud Jamaah dan satu lagi saya lupa. Namun, buku taadud saya miliki dan menjadi rujukan saya dalam menjawab persoalan mengenai jemaah yang benar dan permasalahan taadud.

Beliau juga sangat mementingkan tarbiyah, lebih daripada politik. Maka dengan usaha beliau dan sahabat, maka terbinalah sebuah markaz tarbiyah, di tapak yang sama beliau tinggal sekarang (markaz ini wujud lebih awal daripada taman melewar, malah markaz tarbiyah yang pertama). Beliau juga giat menjalankan kuliah agama kepada umum. Beliau telah berpesan agar menjalankan usaha dakwah, bukan hanya sekadar berpolitik untuk menangkis tanggapan masyarakat bahawa PAS adalah sekadar parti politik, bukannya jemaah islam.

Disebalik ketegasan beliau, tersembunyi wajah yang begitu jernih. Saya sungguh seronok dapat bertemu mata dengan ustaz. Mungkin selepas ini saya dapat bertemu mata dengan TGNA dan TGHA pula, setelah saya terjun ke dunia perjuangan yang sebenar.

Sesi kami tamat pada pukul 4.30 petang. Malangnya, ustaz tidak dapat bersama kami lebih lama lagi kerana ustaz ada janji yang lain. Insyaallah segala perkara yang saya dapat garap daripada pertemuan ini akan saya gunakan dan amalkan sebagai persiapan menjadi salah seorang pejuang agama.

Tiada ulasan: