Mengenai Saya

Foto saya
Kg. Morten, Malacca, Malaysia
Me and Allah knows myself best!!

Nak join bisnes internet? Rujuk di sini....

Ahad, Jun 21, 2009

Kerajaan Perpaduan - Perangkap Buat PAS

Assalamualaikum,

Sejak berakhirnya Muktamar PAS kali ke-55, isu kerajaan perpaduan menjadi semakin hangat diperbincangkan. Banyak mulut yang memberikan pandangan, banyak artikel yang ditulis yang akhirnya menimbulkan salah faham dan perbalahan. Orang awam melihatkan seakan-akan PAS sudah mula berpecah akibat daripada isu ini. Dan yang empunya angkara, UMNO.

Siapa yang akan mendapat manfaat yang paling besar sekiranya isu ini makin diperapikan dan menimbulkan kekacauan? Sudah tentulah UMNO yang telah menjadi seteru bagi PAS selama 50 tahun. Kini, mereka sedang bersorak sorai melihatkan beberapa pihak atasan dan bawahan dalam PAS mula bercakaran, dan berkait pula dengan Pakatan Rakyat. Namun, tidak semua yang akan termakan dengan perangkap ini. Hanya mereka yang benar-benar menghayati perjuangan di dalam gerakan dakwah dapat menangkis dakyah.

Media utama Malaysia, Utusan Meloya dan Berita Hairan telah memainkan peranan penting dalam menambahkan minyak ke dalam pergolakan ini. Tidak lupa juga Buletin Utama yang turut menyumbangkan tenaga untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Kenyataan-kenyataan pimpinan diubahsuai dan dipotong-potong (ambil sekerat-sekerat) supaya pembaca dan penonton akan ditipu dan salah faham terhadap isu yang sebenar.

Saya bukanlah orang yang mudah makan dan membuat kesimpulan dengan apa yang mereka sajikan. Saya hanya pastikan diri saya mendapat maklumat daripada sumber yang betul. Jika ingin tahu tentang PAS, dengarlah daripada Harakah, pedulikan media lain. Sesungguhnya, media kerajaan telah diketahui akan putar-belitnya dan sering juga di saman kerana perbuatannya mengikut telunjuk mereka yang berkuasa.

Bagi saya, saya mengambil pendirian untuk tidak membuat spekulasi dan kesimpulan yang melampau akan isu ini. Saya khuatir, jika saya bertindak sedemikian, saya akan merosakkan jemaah ini. Maka saya mengambil keputusan untuk berdiam diri, dan menunggu keputusan daripada pimpinan. Bukan tugas saya untuk menganalisa isu ini. Namun, saya kecewa apabila melihat beberapa sahabat saya, yang saya syaki termakan racun yang telah UMNO pasang. Sememangnya itulah yang mereka inginkan, agar seluruh ahli PAS dan PR berdebat, berbicara mengikut akal mereka sendiri sedangkan mereka hanya tahu sedikit dan mengerti akan perihal yang sebenarnya.

Apabila sesama ahli bercakaran, maka akan rapuhlah jemaah itu, maka mudahlah untuk musuh menghancurkannya. Saya masih teringat akan teguran pedas yang senior saya berikan. Siapa kita untuk memberikan ulasan dan pandangan? Siapa kita untuk menghakimi sesuatu perkara? Sudah cukup hebatkah kita di dalam medan perjuangan? Sudah banyakkah pengorbanan yang kita curahkan? Nilai diri sendiri. Juga teguran oleh sahabat Nik Abduh yang juga pedas, bahawa janganlah kita membuat kerja-kerja bodoh dalam PAS. Mungkin anda perlu melawat ke blog beliau dan fahami maksudnya.

Oleh itu, hentikanlah segala pertikaian dalaman yang tidak menguntungkan ini. Jangan cepat menuduh sebarangan tanpa kita mengetahui segalanya. Bukankah kita ada tugas lain selain daripada ini iaitu untuk menyampaikan dakwah? Bukankah itu sebenarnya tugas utama kita dan kita bukanlah ahlinya untuk turut sibuk dalam hal2 siasah? Serahkanlah segalanya kepada pimpinan dan syura, dan kita laksanakan tugas masing-masing. Semoga Islam terus berkembang dan menang. Sekadar peringatan dari saya, namun apa yang saya nukilkan tidak sempurna, jika ada kesalahan maka tegurlah dan peringatkan. Wallahu Ta'ala A'lam.

1 ulasan:

mohad berkata...

tunggu dan lihat aje lah kan...