Mengenai Saya

Foto saya
Kg. Morten, Malacca, Malaysia
Me and Allah knows myself best!!

Nak join bisnes internet? Rujuk di sini....

Jumaat, Jun 19, 2009

Tunjukkan akhlak dan adab kita..

Assalamualaikum,

Kali ini saya ingin berkongsi apa yang berlaku semalam. Ketika saya bersiap-siaga untuk ke kedai komputer, (untuk menukar switch kepada router, saya dah salah beli), tika itu mak andam kakak saya kelmarin datang untuk mengambil barang-barang pelaminnya. Sedang mengemas, dia mengkhabarkan bahawa ada seorang tourist mat salleh ada bersamanya. Saya pun keluar untuk melihat dan membantu apa yang patut.

Terlihat sahaja pelancong yang sedang makan rambutan itu, saya terus menyapanya dan memulakan bicara. Pelancong tersebut datang dari switzerland dan telah banyak melancong. Sebelum sampai ke Melaka, dia telah ke Russia, China, Kemboja, Thailand, Pulau Pinang dan baru tiba dari Kuala Lumpur dengan bas. Makcik Laila (mak andam tadi) jumpa dia sedang berjalan seolah-olah tanpa tujuan. Sedang saya berbual, ibu saya memanggil, menjemput pelancong tadi untuk minum air sirap.

Sedang kami minum, saya terus berbual. Saya tidaklah terlalu fasih berbahasa Inggeris, tapi cukup untuk membuat pelancong tersebut selesa. Oh ya, pelancong tersebut menamakan dirinya sebagai Jonas. Jonas melancong seorang diri dan suka berjalan ikut suka hati dia, tapi katanya ingin ke pantai (yang saya kira Bandar Hilir, pusat pelancongan di Melaka), tapi Makcik Laila kata dia sedang berjalan kearah tengah melaka, bukan ke Pantai. Saya risau sekiranya dia sesat dan mungkin di tipu orang (walaupun dia pernah ditipu ketika di China, sebab tu dia tak suka Tourist Guide), dia perlukan seseorang untuk menunjukkan jalan. Nasib menyebelahinya, saudara saya seorang penarik beca pelancong, dan saya meminta agar dibawa sahaja Jonas ke Bandar Hilir, bawa pusing-pusing dan check-in di hotel atau rumah tumpangan. Kebetulan dia tiada pelanggan, maka inilah rezekinya (kerja sebagai penarik beca pelancong, boleh dapat RM40 setiap jam).

Kami terus berbual, bercerita tentang Melaka, kampung saya (Kampung Morten) dan beberapa perkara menarik tentang Malaysia. Kebetulan, pada hari itu ibu saya ada menyediakan pulut dan pengat durian, maka dihidangkan jua untuk Jonas. Walaupun agak ragu-ragu untuk makan, namun akhirnya dia suka dan lazat katanya. Tidak berapa lama kemudian, beca yang ditunggu dah tiba, juga bersama selori durian, (kebetulan lalu). Kami mempelawanya mencuba makan durian (tadi pengat, sekarang yang fresh punya). Seperti pelancong lain, dia sukar untuk menghabiskannya.

Pertemuan kami tamat, dan kini dia dalam perjalanan ke Bandar Hilir, ketika saya mnulis artikel ini, pasti dia sedang meronda-ronda di Bandar Hilir lagi dan katanya, selepas ini dia akan ke Singapura pula.

Tujuan saya berkongsi kisah ini, bukanlah saja-saja, namun ada perkara yang ingin saya tekankan. Iaitu akhlak kita. Kebanyakan pelancong apabila datang ke Malaysia, membawa satu tanggapan bahawa orang Malaysia ramah dan baik, jika tidak, masakan ramai pelancong yang datang saban tahun? Maka menjadi tanggungjawab kita untuk membuktikannya. Bukan sahaja negara mendapat nama, malah Islam juga, kerana Melayu sinonim dengan Islam. Tunjukkan keramahan dan 'hospitality' kita. Siapa tahu, apabila dia pulang, akan diceritakan kepada seluruh negaranya, bukankah negara kita makin harum namanya, dan salah faham terhadap Islam juga dapat dileraikan?

Selain itu, apa yang ingin saya tekankan adalah menjadi akhlak seorang muslim yang sejati untuk senantiasa menghulurkan bantuan terhadap yang memerlukan walaupun dia buka seagama dengan kita. Namun, apabila kita berbicara mengenai menghulurkan bantuan, perlu juga kita berhati-hati kerana ramai juga manusia penipu yang mengambil kesempatan di atas kemurahan hati kita. Hinggakan orang ramai mula tawar hati untuk menghulurkan bantuan atau derma dan hinggakan orang yang BETUL-BETUL fakir menerima cercaan, kononnya dia olok-olok menjadi fakir. Kesian saya, pernah disuarakan oleh sepasang suami isteri yang buta, menjual tisu di Pudu Raya, dicerca akibat ketidakpercayaan terhadap peminta sedekah (kisahnya ada disiarkan oleh Mastika). Maka, kita perlu pandai menilai seseorang sebelum menghulurkan bantuan. Tips ringkas saya, jika kita hulur hatta seringgit pun, dan sipenerima menerimanya dengan suka hati, maka itu yang benar. Jika kita hulur, tapi diminta lebih lagi (kononnya tak makan, nak balik rumah bla. bla. bla), maka itulah yang palsu.

Maka, ingin saya ulangi lagi, bahawa hendaklah kita menunjukkan akhlak kita sebagai seorang muslim, ramah dan senang menghulurkan bantuan terutamanya kepada mereka yang sering prejudis terhadap agama Islam. Wallahu Ta'ala A'lam.

Tiada ulasan: