Mengenai Saya

Foto saya
Kg. Morten, Malacca, Malaysia
Me and Allah knows myself best!!

Nak join bisnes internet? Rujuk di sini....

Ahad, Mei 11, 2008

English to.. Bahasa Melayu???

Waaa.. What happen? Going to change language ah?

Yep, that's right. From now on, the main language is going to be Bahasa Melayu. Why? Later i will explained, but first...

Ladies and gentleman, welcome to the transformation ceremony. Feast your eyes, as i transformed this blog into... a blog (with bahasa melayu as it's main language).

Abra Kadabra. Poof....
.....
..........
...............

Assalamualaikum,

Sahabat2 dan saudaraku sekalian. Hah, lebih lega menulis dalam bahasa melayu. Akan lebih lancar penulisan saya untuk blog ini. Seperti yg telah saya, janjikan, akan saya jelaskan perubahan drastik in.

Antara sedar dan tak sedar, isu yg berlegar di masyarakat Malaysia adalah isu bahasa. Sejak dari pengenalan bahasa inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik, ramai org memberikan pendapat samada positif ataupun kritikan.

Para pengagung budaya barat, mereka menyokong dasar pemerkasaan bahasa inggeris dalam perbualan. Kononnya, untuk memajukan rakyat malaysia dan nampak 'high-standard' bila berbicara. Namun, di pihak pencinta bahasa (DBP contohnya) mereka akan mempertahankan bahasa melayu itu sendiri.

Mungkin pertama sekali, akan saya nyatakan kenapa saya melakukan perubahan ini.

1) Bahasa merupakan imej untuk bangsa itu, Kita boleh lihat bangsa lain, contoh yang paling saya suka adalah org jepun. Ayah saya pernah bercerita pada saya tentang seorg jepun yg tersesat di bandar melaka. Ketika org jepun itu dtg kearah ayah saya, (nak mintak tolong) kebetulan kawannya (muda lagi) ada di sebelah dan fasih bertutur dalam bahasa jepun. Maka berbuallah mereka dgn rancak sambil ayah saya memerhatikan mereka. Selesai berbual, org jepn tersebut memberikannya kad nama dan beredar dengan senyuman. Ayah saya tanya pada kawannya itu, apa yg berlaku? Pemuda itu berkata, org jepun itu tersesat dan mintak arah. Setelah dia memberi panduan, org jepun tersebut memberikan kad nama dan menjemputnya dtg ke jepun. Rupanya, org jepun tu adalah seorang usahawan dan dia berjanji untuk memberi layanan yg istimewa kepada pemuda tersebut. Begitulah org jepun yg sangat memegang pada bahasanya, dan siapa yg fasih berbahasa jepun, akan mereka layan bagaikan saudara mereka.

2) Penatlah nak menulis dalam bahasa inggeris. Saya ini bukanlah pakar dalam bahasa inggeris. Saya dapat bertutur dalam bahasa inggeris dan agak fasih tetapi agak lemah dalam penulisan. Sewaktu di sekolah dahulu, ada seorang kawan yg begitu fasih dalam bahasa inggeris sehingga bunyi pun macam org putih jugak. Tapi bila dilihat keputusan peperiksaan, sama je macam saya. So, saya org yang macam tu. Tapi bukan bermaksud saya akan kekal begitu selama-lamanya. Belajar la sikit-sikit.

3) Kebanyakan yang akan membaca ini adalah org melayu itu sendiri, dan mereka lebih selesa membaca bacaan yg mudah (tak perlu tengok dalam kamus). Saya pun senang. Dapat menulis dengan pantas. Sebelum ini saya jangkakan yang akan membaca blog ini mungkin juga org dari luar. Tapi bila saya fikir, adakah semua org luar itu tahu berbahasa inggeris? Kalau ikut statistik pun, bahasa mandarinlah bahasa yang paling banyak dituturkan (sebab org cina ramai). Lagipun, apa yng saya tulis kebanyakannya berkisar tentang malaysia dan dunia islam sedikit. Oleh itu, sasaran pembaca saya adalah orang malaysia sendiri. Oleh itu wajarlah kalau saya menulis dalam bahasa melayu.

4) Kalau dilihat semula sejarah melayu, Bahasa melayu adalah bahasa yang hebat. Bahasa melayu adalah lingua franca. Org benggali dan org eropah sendiri belajar bahasa melayu bila datang ke melaka. Hal ini terjadi kerana kemajuan dan kekuatan yang dicapai oleh org melayu. Namun, keadaan sekarang apabila bahasa melayu dikecilkan adalah berpunca daripada kita sendiri yang tidak terkehadapan dan mengecilkan diri kita sendiri. Kita terlalu mengagungkan budaya barat dan tamadun mereka sehingga mengenepikan adat ketimuran terutamanya apabila kita menidakkan pengaruh Islam dalam kekuatan bangsa melayu. Melaka menjadi maju dan kuat kerana datangnya agama Islam dan menjadi lemah seterusnya dijajah apabila nilai islam ditinggalkan.

Teringat telefon bimbit saya yang pertama saya beli apabila masuk ke utp. Di dalamnya ada pilihan untuk menggunakan bahasa melayu sebagai pengantar. Maka saya gunakan. Walaupun agak kekok, tapi akhirnya saya berasa biasa dengan terjemahan istilah-istilah inggeris kepada melayu (contohnya, scroll adalah tatal, pelikkan?) Apabila kawan saya ingin menggunakan telefon saya, mereka berasa susah dan kelakar dengan bahasa melayu. Adakah mereka memperlecehkan bahasa melayu? Saya tidak akan menganggap begitu. Mungkin kerana mereka terlalu biasa dengan bahasa inggeris sehingga tidak biasa dengan bahasa sendiri.

Mengapa kita terlalu sombong untuk mempelajari dan mengagungkan bahasa melayu? Adakah kita fikir kita adalah pakar dalam bahasa melayu kerana dilahirkan dalam keluarga melayu sedangkan dalam pmr dan spm kita hanya mampu dapat gred b dan c sedangkan ah chong dan mutusamy dapat gred a? Jangan bersikap begitu. Ketika intern diKL, saya selalu berjumpa dengan muda-mudi yang berhidung pesek tetapi bercakap dalam bahasa inggeris yang agak berterabur. Ini semuanya kerana pengaruh barat yang diterapkan kepada muda-mudi melalui media massa dan rancangan realiti (tak perlu saya sebutkan, anda dah tahu).

Tulisan ini bukan bermaksud saya membenci bahasa inggeris. Tidak. Saya sendiri kadangkala menggunakan bahasa inggeris dalam perbualan seharian. Kita perlu mempelajari bahasa org lain, bukan sekadar ingin berkomunikasi ketika kita melancong ataupun berniaga, tetapi juga untuk berdakwah. Kalau boleh, kita perlu menguasai bahasa-bahasa asing sebanyak mungkin, yang paling utama adalah bahasa arab, kerana bahasa arab adalah bahasa al-quran. Dan rukun islam juga menuntut kita menunaikan haji di mekah yang menggunakan bahasa arab. Dan secara tak sedar juga kita bertutur bahasa arab dalam solat (faham atau tidak, lain cerita).

Apabila saya mengagungkan bahasa melayu, bukanlah bermaksud saya masuk UMNO. Saya masih dengan fikrah haraki dan jemaah islamiyah. Saya hanya mencintai bahasa melayu dan juga tidak membenci bahasa lain.

Andai terkasar bahasa, saya minta maaf. Sebenarnya, sekarang adalah minggu peperiksaan, jadi saya curi sedikit masa untuk menulis. Insyaallah, setelah habis minggu peperiksaan, saya akan sambung semula tulisan saya dirumah. Wallahu Ta'ala A'alam.
Ilal liqa'.