Mengenai Saya

Foto saya
Kg. Morten, Malacca, Malaysia
Me and Allah knows myself best!!

Nak join bisnes internet? Rujuk di sini....

Jumaat, September 11, 2009

Carilah harta yang tidak ternilai : Al-Qadar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita telah masuk ke fasa yang terakhir dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Malam tadi adalah malam ke -21. salah satu malam yang diramalkan akan hadir malam yang paling dicari-cari oleh semua umat Islam. Ini kerana ganjarannya yang amat hebat. Firman Allah S.W.T di dalam ayat ke-3 surah al-qadr.

"Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan"
seribu bulan = 83 tahun.
Alhamdulillah, walaupun terlewat sikit bangun, sempat juga saya menunaikan solat sunat sebelum masuk waktu subuh.

Maka, siapakah yang tidak mahukan ganjaran yang sebegitu banyak. Namun, bukan bermaksud jika kita mendapat malam Al-Qadr, maka tidak perlulah beribadah untuk 83 tahun yang akan datang. Tidak sama sekali. Ganjaran Al-Qadr adalah booster untuk memberatkan lagi dacing amalan baik kita hingga mengatasi dacing amalan buruk.

Bagaimana untuk mencari malam Al-Qadr?
Kita diberi beberapa hint, petunjuk, maka janganlah risaulah jika tidak ketemu malam itu. Sekiranya kita rajin mencari, maka InsyaAllah, kita akan diberikan oleh Allah S.W.T. Hint2 tersebut antaranya:

1) Pada 10 malam terakhir Ramadhan. Rasulullah SAW selalu beri'tikaf di 10 malam Ramadhan terakhir.

Hadis Nabi:
Dari Aisyah RA katanya : "Nabi SAW biasanya apabila tiba sepuluh malam yang terakhir, beliau ikatkan sarungnya erat2, beliau berjaga-jaga malamnya dan beliau bangunkan keluarganya" (Hadis ke-996, bab Puasa, Hadis Sahih Bukhari Jilid 2)

Hadis Nabi:
Dari Abdullah b Umar RA, katanya : "Biasanya Rasulullah SAW i'tikaf pada sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadhan" (Hadiske-997, bab I'tikaf, Hadis Sahih Bukhari Jilid 2)

2) Malam yang ganjil di 10 malam terakhir Ramadhan (Malam ke -21, 23, 25, 27, 29)

Hadis Nabi:
Dari Aisyah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda : "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadhan" (Hadis ke-994, bab Puasa, Hadis Sahih Bukhari Jilid 2)

Hadis Nabi:
Dari Ibnu Abbas RA katanya, Nabi SAW bersabda : "Carilah malam Qadar itu pada sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadhan. Malam Qadar itu pada hari kesembilan, tujuh atau lima yang akhir (dari bulan itu)" (Hadis ke-995, bab Puasa, Hadis Sahih Bukhari Jilid 2)
(Penulis berpendapat bahawa ianya adalah malam ke 25, 27, dan 29)

3) Malam 7 yang akhir. Orang melayu memanggilnya malam 7 likur.

Hadis Nabi:
Dari Ibnu Umar RA katanya : "Bahawasanya beberapa orang sahabat Nabi SAW diperlihatkan kepada mereka Malam Qadar dalam tidur mereka pada tujuh yang akhir (bulan Ramadhan). Rasulullah SAW bersabda : "Aku melihat apa yang kamu lihat, dan aku setuju dengan tujuh yang akhir. Maka siapa yang hendak mencari-carinya, carilah pada tujuh yang akhir"
(Hadis ke-992, bab Puasa, Hadis Sahih Bukhari Jilid 2)

Maka, di manakah yang ingin dicari? Tanyalah diri anda:
- Jika anda mampu dan rajin, maka carilah di kesemua sepuluh malam terakhir (termasuk malam yang genap)
- Jika kurang mampu, (atau malas sikit), maka tumpukan pada malam2 yang ganjil (21,23, 25, 27 dan 29).

Namun, tiada malam spesifik yang 'confirm' akan diturunkan malam Al-Qadar, ini kerana ilmu tentang di mana letaknya malam Al-Qadar pada tahun tertentu dirahsiakan daripada kita oleh Allah SWT dan sering berubah-ubah.

Hadis Nabi:
Dari Abu Salamah RA katanya : ......."Sabda Rasul SAW "Diperlihatakan padaku malam Qadar. Kemudian aku lupa malam itu. Carilah dalam sepuluh yang akhir pada bilangan ganjil...."
(Hadis ke-993, bab Puasa, Hadis Sahih Bukhari Jilid 2)
Oleh itu dinasihatkan agar tidak meneka sesuatu malam itu adalah malam Al-Qadar. Itu diluar ilmu kita dan kita hendaklah mencari berdasarkan petunjuk yang diberikan. Kalaulah target tidak mengena, maka siapakah yang akan rugi? Mereka dan keluarga mereka juga.... (lol)

Apakah hikmahnya dirahsiakan Malam Qadar itu?

Ada hikmahnya. Dengan dirahsiakan, maka semua umat Islam akan berusaha untuk mencarinya bersungguh-sungguh dan menghidupkan setiap malam. Hasilnya akan timbul minat dan menjadikan qiyamullail sesuatu yang seronok, menjadi kebiasaan dan bukan kepayahan. Jika ditunjukkan di mana tempatnya, maka mungkin pada malam itu sahajalah manusia akan berqiyamulail sedangkan pada hari lain, mereka diulit mimpi.

Bersama-samalah kita mencari malam yang penuh berkah ini. InsyaAllah, jika kita berusaha, pasti akan memperolehnya. Akhir Kalam, Wallahu Taala A'lam.

Tiada ulasan: