Mengenai Saya

Foto saya
Kg. Morten, Malacca, Malaysia
Me and Allah knows myself best!!

Nak join bisnes internet? Rujuk di sini....

Ahad, November 22, 2009

Blog baru

Saya telah membuat blog baru menggunakan platform blog.com. Ini alamatnya
http://mindabisnes.blog.com

Blog ini saya khususkan untuk bisnes sahaja, dan saya ingin keluarkan dan asingkan segala posting berkenaan bisnes di blog ini. Baru tak carca marba.

Kemungkinan juga saya ingin menukar blog ini kepada blog.com juga, kerana blog.com saya lebih menarik. Tapi itu, masih dalam perancangan.

Selasa, Oktober 20, 2009

Ceramic Business Focus Berhad

Juga saya korek dari e-mail2 saya. Sebelum ini tidak mendapat perhatian saya, (mungkin sibuk masa tu). Hari ini, saya akan review setelah saya daftar percuma untuk lihat maklumat site yang disembunyikan hanya setelah kita daftar percuma.

Nama : Ceramic Business Focus
Laman Web Utama : www.suremantap.com
Web Syarikat : www.cbf228.com (tak tahu kenapa saya tak boleh buka)
Jenis : Sellback option, Trading
Produk : Produk kesihatan berasaskan ceramic (lebih kepada batu)
Bayaran : Mengikut pelan (RM900 - RM6800). Yuran adalah RM155.
Saranan : Tidak digalakkan join.

Daripada namanya saya dapat hidu sesuatu yang lama. Tukar la nama pun, tetap dapat nampak linknya dengan ceramic business club yang pernah kecoh sebelum ini. Sejauh mana perkaitannya, wallahua'lam.

Cerita tentang produknya dulu. Produk berasaskan kuasa penyembuhan melalui 'tenaga2' ajaib yang ada pada produk mereka. Jika cerita tentang gelombang2 tanpa bukti kajian yang sahih, maka sukar untuk saya percaya, mungkin kerana saya berlatarkan sains. Saya tak makan kalau kata batu ni boleh keluarkan gelombang kosmik tertentu. Buktikan!! (Mungkin berlaku hoax)

Harga pula, pattern yang sama macam CBC. Starting dengan RM900, harga yang agak tinggi, namun kena jika produknya berkualiti tinggi dan memuaskan. Oleh itu, bagi mereka yang berduit dan ingin mencari alternatif dalam pengubatan, maka silakan membeli. Saya tak halang.

Sistemnya pula adalah cetakan daripada CBC namun diubahsuai stelah CBC mendapat kritikan yang teruk daripada orang ramai termasuk saya (lihat posting berkenaan CBC di sini). Terdapat sellback option seperti ceramic cuma pelan belian berulang secara sellback tidak ditunjukkan. Cuba tanya kepada diri anda, kenapa anda join bisnes ini? Kalau kerana produk, maka simpan dan gunalah produk tersebut, bukan jual balik pada syarikat.

Sedikit tambahan, sebenarnya sellback option ini tidak kena dengan tujuan jual beli. Syarikat jual kepada anda supaya anda dapat menjualnya kepada orang lain, dan membantu syarikat untuk capai pelanggan baru. Jika anda jual kepada syarikat semula, maka kenapa sayrikat perlu menjual kepada anda pada awalnya. Cuba guna lojik.

Kesimpulannya, produk dan harga business ini tidak bermasalah, masalah utama adalah pada sistemnya yang jelas adalah evolusi daripada CBC. Disebabkan itu, saya tidak galakkan anda join. Join jika anda benar-benar mahukan kebaikan produk, bukan kerana ingin cepat kaya. Wallahu Ta'ala A'lam.

Isnin, Oktober 19, 2009

Tickerbar, Webiz2u, DapatWang dan Shamelin

Assalamualaikum wbt,

Hari ini saya menyelongkar spam e-mail saya untuk melihat e-mail2 iklan yang saya terima. Dan dapatlah saya tangkap beberapa untuk saya ulas kesemuanya.

1) GreenHorse Tickerbar

Laman web utama : tickerbar.info
Jenis : Internet based, Paid to Surf
Status : Scam!!!

Nama lama adalah greenhorse. Cara untuk sertai adalah dengan cara download dan install program yang mereka sediakan. Kemudian kita disuruh untuk refer kepada orang lain agar turut sama install tickerbar mereka. Kita dibayar selama mana kita log in ke internet. Semuanya free belaka.

Tapi, jaga-jaga. Walaupun free, ada udang disebalik mee.
- Tickerbar adalah adware. Rujuk sini, sini dan sini. Sayangi komputer anda daripada dicerobohi.
- Tiada bayaran walaupun sudah 7 tahun online. Banyak rungutan daripada ahli. Lihat sini, sini, sini, sini, sini, dan sini.
- Bertukar nama daripada greenhorse.com ke trickerbar.info.

Toksah le cuba-cuba nak join. Memang free, tapi privacy anda tergadai, komputer anda diceroboh dan e-mail anda akan dilambakkan dengan spam.

2) Webiz2u Online Business

Laman Web Utama : www.webiz2u.com
Jenis : Internet based, Skim pyramid, binary
Bayaran : RM30
Produk : Risalah dan tips perniagaan
Launch : 1-11-2009
Saranan : Jangan join.

Web baru nak lancar, setakat ini baru 14 ahli berbayar. Tiada ulasan daripada luar yang dapat menampung ulasan saya, mkaa saya membuat ulasan ini dengan maklumat yang ada pada website tersebut.

Saya amat tidak menggalakkan untuk anda join web ini, kerana :
- 'Produk' yang didakwa produk, bagi saya bukanlah produk yang sebenar. Hanya bebrapa keping kertas risalah. Apakah perniagaan yang dimaksudkan juga adalah samar2. Saya khuatiri risalah itu hanyalah risalah untuk menjerat orang lain.
- Pelan pemasaran adalah sistem pyramid yang biasa kita lihat. Dapat duit dengan tajaan dan berlapis2.
- Yuran yang anda bayar adalah untuk menampung komisyen tajaan upline anda. Tiada belian ulangan menunjukkan bahawa komisyen penajaan adalah bergantung sepenuhnya kepada yuran yang dikutip. Maka, yang awal join, untung, yang lambat akan rugi.

3) DapatWang

Laman Web Utama : www.dapatwang.com
Jenis : Internet based, Paid per clicks.
Bayaran : Bronze - RM50, Silver - RM100 dan Gold - RM200
Produk : Tiada (ada bonus)
Launch : 1-10-2009
Saranan : Tidak digalakkan join.

Reason:
- tiada produk fizikal, hanya sebarkan website. Anda dibayar dengan setiap klik diwebsite anda.
- Jauh konsepnya daripada adsense dan PPC yang lain dimana kita dibayar dengan wang charge advertiser. Kita dikenakan yuran dan komisyen kita dibayar dengan kumpulan yuran tersebut.
- Website Whois - tidak dinyatakan malah dirahsiakan. Maka tiada juga syarikat. (Mudah untuk owner lari).

4) Shamelin (Jus Manggis)

Laman Web Utama : Tiada, laman web group seperti shamelin.biz, shamelin2u.com dll
Jenis : MLM
Bayaran : Minimum RM260 (6 botol)
Produk : Jus Manggis
Saranan : Boleh Join

Latar belakang kompeni agak kukuh, Shamelin Bina Sdn Bhd, milik penuh bumiputera di bawah Koperasi Shamelin Berhad.

Produk yang mahal (RM50 sebotol/250ml). Minum 30ml sehari, jadi boleh minum 8 hari. Kos sehari, RM6.25. Harganya mahal mungkin kerana kandungan serta kualiti yang tinggi. Jika anda mencari alternatif untuk merawat penyakit, kekal sihat dan tak kisah bayar mahal, maka belilah jus ini.

Belian ulangan akan berlaku menjadikan bisnes ini termasuk dalam golongan MLM. Terdapat stokis2 yang dilantik. Namun, tidak dinyatakan dinyatakan komisyen bagi belian peribadi, hanya ada komisyen daripada tajaan. Ini hampir meletakkan perniagaan ini hampir kepada sistem binary/pyramid.

(Kebanyakan bisnes MLM, bila masuk internet akan jadi merapu kerana kebanyakan yang masuk ikut internet ini nak kerja mudah, bukan memudahkan kerja.)

Selasa, Oktober 13, 2009

Senarai Penuh Bisnes Internet untuk Rujukan Anda

Category - MLM
1) HR Marketing (recommended)
2) Shamelin Bina Sdn Bhd (recommended)

Category - Pyramid/Binary
1) Webiz2u (not recommended)

Category - Sellback Option
1) Ceramic Business Focus Berhad (not recommended)

Category - Internet Based
Subcategory : PTS (Paid to Surf)
1) GreenHorse TickerBar (Scam)

Subcategory : PPC (Paid per Clicks)
1) DapatWang (not recommended)


Akan ditambah lagi.... Sabar ye.
(Jika anda ada web biz yang ingin saya review dan tambahkan, sila e-mail ke ajomorten@yahoo.com)

HR Marketing - Susu Kambing Hi-Goat

Assalamualaikum wbt,

Lama saya tak posting, hari ini saya tidak kemana-mana kerana kaki saya terseliuh semalam, dan hari ini terasa sakit sangat sehingga sukar untuk bergerak. Justeru, saya mengambil kesempatan untuk menulis tentang sebuah perniagaan yang diperkenalkan oleh sahabat saya. Walaupun, saya belum menjadi ahli (rasa ingin menjadi ahli sebelum ini), namun tetap akan saya berikan ulasan terhadap perniagaan ini.

HR marketing adalah syarikat yang memasarkan produk utamanya iaitu susu kambing yang dipekkan dalam bentuk serbuk, supaya ianya dapat tahan lama. Selalunya, kita minum susu lembu dalam bentuk serbuk, namun tidak banyak susu kambing dijual seperti itu, dan sangat sukar sebenarnya untuk berjumpa orang yang minum susu kambing. Yang hot pun, sabun susu kambing.

Secara general susu kambing adalah susu yang lebih baik daripada susu lembu, di bawah susu ibu. Sejarah membuktikan bahawa susu kambing menjadi amalan para anbiya' serta ulama. Mereka juga menternak kambing bukannya lembu. Banyak lagi kebaikan produk yang mana kalau saya nyatakan semua, maka akan sangat panjanglah posting ini. Secara keseluruhannya, saya berikan rating produk ini 10/10.

Mari kita lihat harganya pula. Harga biasa adalah RM36.00 sekotak/15 pek manakala sebagai ahli, anda dapat membeli dengan harga RM29.90 sekotak. Ini bermakna anda membelanjakan sebanyak RM2 untuk segelas susu kambing (200ml). Saya membuat beberapa penilaian produk yang ada.
- HPA menjual susu segar (bukan powder) dengan harga RM7 sebotol/250ml
- Rata-rata yang menjual susu segar ternakan sendiri (bukan syarikat besar) adalah berharga dalam lingkungan RM5-RM7 sebotol/250ml.
Maka, harga yang diletakkan oleh HR Marketing adalah harga yang munasabah dan menarik. Rating saya juga adalah 10/10.

Seterusnya adalah marketing plannya. Kepada ahli HPA, anda dapat melihat resemblance atau kesamaan sistem yang digunakan. Mudahnya, sistem pemasaran dan pembahagian bonus adalah berdasarkan prestasi pembelian produk (menggunakan sistem PV~Point value). Ini adalah salah satu daripada point penting dalam kesahihan MLM yang sejati.
- Untung runcit sebanyak 20%, margin yang common dan dibenarkan.
- Kenaikan Pangkat dan bonus berdasarkan prestasi pembelian diri dari 5% ~ 20% (Executive), tidak menumpukan kepada mencari downline, walaupun tiada downline pun boleh naik pangkat (tapi hingga pangkat 20% sahaja)
- Kenaikan pangkat seterusnya, dari 29% ~ 45% memerlukan downline sekurang-kurangnya berpangkat Executive. Advantage bagi yang mempunyai downline. Tidak perlu ramai sangat, maksima 15 Executive.
- Bonus Kemajuan Generasi. Bonus ini dikira daripada prestasi downline anda. Banyak mereka dapat, banyak juga anda dapat.
Bonus yang lain-lain tak dapat saya ulas kerana kurang faham. Melainkan jika saya telah mendapat penerangan daripada pihak mereka barulah dapat saya ulas. Untuk mendapatkan bonus-bonus tersebut, syarat pembelian sebanyak 4 kotak atau 60PV. Ini untuk memastikan bahawa bisnes ini betul-betul mampu memberikan pulangan kepada ahli.

Namun kesimpulannya, pelan pemasaran mereka amat meyakinkan saya.

Jumaat, September 11, 2009

Carilah harta yang tidak ternilai : Al-Qadar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita telah masuk ke fasa yang terakhir dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Malam tadi adalah malam ke -21. salah satu malam yang diramalkan akan hadir malam yang paling dicari-cari oleh semua umat Islam. Ini kerana ganjarannya yang amat hebat. Firman Allah S.W.T di dalam ayat ke-3 surah al-qadr.

"Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan"
seribu bulan = 83 tahun.
Alhamdulillah, walaupun terlewat sikit bangun, sempat juga saya menunaikan solat sunat sebelum masuk waktu subuh.

Maka, siapakah yang tidak mahukan ganjaran yang sebegitu banyak. Namun, bukan bermaksud jika kita mendapat malam Al-Qadr, maka tidak perlulah beribadah untuk 83 tahun yang akan datang. Tidak sama sekali. Ganjaran Al-Qadr adalah booster untuk memberatkan lagi dacing amalan baik kita hingga mengatasi dacing amalan buruk.

Bagaimana untuk mencari malam Al-Qadr?
Kita diberi beberapa hint, petunjuk, maka janganlah risaulah jika tidak ketemu malam itu. Sekiranya kita rajin mencari, maka InsyaAllah, kita akan diberikan oleh Allah S.W.T. Hint2 tersebut antaranya:

1) Pada 10 malam terakhir Ramadhan. Rasulullah SAW selalu beri'tikaf di 10 malam Ramadhan terakhir.

Hadis Nabi:
Dari Aisyah RA katanya : "Nabi SAW biasanya apabila tiba sepuluh malam yang terakhir, beliau ikatkan sarungnya erat2, beliau berjaga-jaga malamnya dan beliau bangunkan keluarganya" (Hadis ke-996, bab Puasa, Hadis Sahih Bukhari Jilid 2)

Hadis Nabi:
Dari Abdullah b Umar RA, katanya : "Biasanya Rasulullah SAW i'tikaf pada sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadhan" (Hadiske-997, bab I'tikaf, Hadis Sahih Bukhari Jilid 2)

2) Malam yang ganjil di 10 malam terakhir Ramadhan (Malam ke -21, 23, 25, 27, 29)

Hadis Nabi:
Dari Aisyah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda : "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadhan" (Hadis ke-994, bab Puasa, Hadis Sahih Bukhari Jilid 2)

Hadis Nabi:
Dari Ibnu Abbas RA katanya, Nabi SAW bersabda : "Carilah malam Qadar itu pada sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadhan. Malam Qadar itu pada hari kesembilan, tujuh atau lima yang akhir (dari bulan itu)" (Hadis ke-995, bab Puasa, Hadis Sahih Bukhari Jilid 2)
(Penulis berpendapat bahawa ianya adalah malam ke 25, 27, dan 29)

3) Malam 7 yang akhir. Orang melayu memanggilnya malam 7 likur.

Hadis Nabi:
Dari Ibnu Umar RA katanya : "Bahawasanya beberapa orang sahabat Nabi SAW diperlihatkan kepada mereka Malam Qadar dalam tidur mereka pada tujuh yang akhir (bulan Ramadhan). Rasulullah SAW bersabda : "Aku melihat apa yang kamu lihat, dan aku setuju dengan tujuh yang akhir. Maka siapa yang hendak mencari-carinya, carilah pada tujuh yang akhir"
(Hadis ke-992, bab Puasa, Hadis Sahih Bukhari Jilid 2)

Maka, di manakah yang ingin dicari? Tanyalah diri anda:
- Jika anda mampu dan rajin, maka carilah di kesemua sepuluh malam terakhir (termasuk malam yang genap)
- Jika kurang mampu, (atau malas sikit), maka tumpukan pada malam2 yang ganjil (21,23, 25, 27 dan 29).

Namun, tiada malam spesifik yang 'confirm' akan diturunkan malam Al-Qadar, ini kerana ilmu tentang di mana letaknya malam Al-Qadar pada tahun tertentu dirahsiakan daripada kita oleh Allah SWT dan sering berubah-ubah.

Hadis Nabi:
Dari Abu Salamah RA katanya : ......."Sabda Rasul SAW "Diperlihatakan padaku malam Qadar. Kemudian aku lupa malam itu. Carilah dalam sepuluh yang akhir pada bilangan ganjil...."
(Hadis ke-993, bab Puasa, Hadis Sahih Bukhari Jilid 2)
Oleh itu dinasihatkan agar tidak meneka sesuatu malam itu adalah malam Al-Qadar. Itu diluar ilmu kita dan kita hendaklah mencari berdasarkan petunjuk yang diberikan. Kalaulah target tidak mengena, maka siapakah yang akan rugi? Mereka dan keluarga mereka juga.... (lol)

Apakah hikmahnya dirahsiakan Malam Qadar itu?

Ada hikmahnya. Dengan dirahsiakan, maka semua umat Islam akan berusaha untuk mencarinya bersungguh-sungguh dan menghidupkan setiap malam. Hasilnya akan timbul minat dan menjadikan qiyamullail sesuatu yang seronok, menjadi kebiasaan dan bukan kepayahan. Jika ditunjukkan di mana tempatnya, maka mungkin pada malam itu sahajalah manusia akan berqiyamulail sedangkan pada hari lain, mereka diulit mimpi.

Bersama-samalah kita mencari malam yang penuh berkah ini. InsyaAllah, jika kita berusaha, pasti akan memperolehnya. Akhir Kalam, Wallahu Taala A'lam.

Selasa, Ogos 25, 2009

List internet bisnes - panduan untuk anda memilih.

Assalamualaikum,

Oleh kerana posting saya sebelum ini banyak berkait dengan bisnes internet marketing, maka saya ingin mengambil sedikit inisiatif untuk menghasilkan list2 bisnes internet yang muncul di internet. InsyaAllah, saya akan update sebarang jenis bisnes, website yang muncul dan akan saya berikan sedikit penilaian berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang saya ada. Saya berharap inisiatif ini akan memberikan bantuan kepada sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bisnes internet.

Bukanlah niat saya untuk mengkondemkan semua bisnes internet. Cuma, saya tidak mahu para pengguna internet, terutamanya yang baru hendak menjinakkan diri mencari duit (bukan nak kaya eh) termasuk dalam mulut 'buaya internet'. Yang lebih menyedihkan adalah mereka yang terlibat kebanyakannya orang Melayu aka orang Islam. Maka atas dasar prihatin pada saudara seagama, saya ingin mengelakkan mereka daripada dibaham oleh tokey2 internet ini.

Kebanyakan 'buaya' yang menjalankan MLM ala internet ini adalah tokey2 cina. Namun, ada juga orang melayu yang turut sama menjadi penipu semata-mata nafsu dan cita-cita untuk menjadi kaya mengelabui iman untuk berlaku jujur.

Sebelum ini, saya telah memberikan guideline tentang bisnes2 internet yang umum (lihat tag 'bisnes intenet'). Namun, bisnes2 ini sering berevolusi dengan cepat, lebih cepat daripada bakteria dan virus. Maka, kali ini saya akan berusaha untuk menilai dan meneliti setiap website dan bisnes yang wujud, dan saya akan menyarankan apa yang sepatutnya dilakukan, jangan join, dinasihatkan jangan join atau boleh join.

InsyaAllah, penilaian yang akan saya berikan bagi setiap bisnes itu, bukan hanya melalui amatan saya sahaja, tetapi dengan sumber2 rujukan lain yang ada. Untuk menyenaraikannya bukan mudah, dan saya memerlukan masa untuk memulakan projek ini. (pada masa yang sama saya sedang bergelut dengan FYP saya). Masa yang dapat saya peruntukkan untuk projek ini adalah terhad, dan tidak ada akses internet 24 jam. Jadi, harap pembaca blog saya yang budiman dapat bersabar.....

(Jika anda ada terjumpa web atau biz baru, boleh forward kepada saya, InsyaAllah akan saya lihat dan review)

Jumaat, Ogos 21, 2009

Tuan Guru Nombor Ekor?

Assalamualaikum,

Seketika saya membuka iklanpercuma.com untuk melihat-lihat iklan yang ada, saya terserempak dengan satu website. Apa website itu? Jeng je jeng... http://tuanguru.t35.com/ (Doa Mustajab Penyelesai Masalah)

Awal saya baca website ni dia memperkenalkan produk minyak doa mustajab. Kononnya dibacakan dengan ayat2 al-quran dan doa-doa dan zikir ke atas minyak zaitun oleh seorang 'tuan guru' SyeikhMuzaffar Al-Muqri untuk menjadikan minyak itu power. Dapat membantu pelbagai masalah dengan 'izin' Allah.

Namun yang membuatkan saya terkejut dan tergelak sorang adalah apabila dinyatakan kelebihan mengambil minyak ini adalah:
  • MEMBERI TUAH TERBAIK DALAM SEGALA HAL SEPERTI DALAM NOMBOR 4D
  • BELI NOMBOR BOLEH KENA JIKA BERNIAT YANG BAIK – BAIK
Dan yang lain-lain hanyalah khasiat untuk lariskan perniagaan, pendinding dan sebagainya. Apa yang saya ingin tegaskan adalah tentang yang saya maksudkan diatas. Nombor Ekor?

Telah kita ketahui bahawa berjudi itu haram dengan mutlak, tak kisah lah sport toto ke, magnum ke. Semuanya haram. Namun, bagaimanakah seorang tuan guru yang kononnya menyuruh kita berserah kepada Allah menggalakkan pengguna untuk berjudi. Ini bukan lagi ustaz, ini bomoh ekor.

Kemudian, bila dikatakan nombor ekor boleh kena jika niat yang baik-baik. You're a making a joke man. Bukankah matlamat tidak menghalalkan cara? Walaupun anda berniat untuk bersedekah dengan duit ekor pun, tidak menjadikan ianya amalan yang mulia jika sumbernya haram. Maka jika caranya salah, apakah Allah akan memberikannya kena nombor ekor. Kena atau tidak, itu bukan dalam pengetahuan kita. Itu adalah ketentuan Allah.

Ada satu lagi ungkapan dalam website tersebut:

YA… DENGAN HANYA MEMINUMNYA

ANDA BAKAL MEMPEROLEHI KHASIATNYA TANPA PERLU

BERSUSAH – PAYAH UNTUK BERZIKIR SEPERTI TUAN GURU
Jika kita inginkan sesuatu, maka kita lah yang perlu meminta. Jika kita ingin mendampingiNya, maka kita yang perlu berzikir dan mengingatiNya. Bukannya minum dan kita tak perlu berzikir lagi. Nonsense!

Namun, boleh jika kita ingin mendapatkan berkat doa daripada seorang tuan guru atau ulama' kerana insyaAllah doa mereka mustajab. Namun, kita juga perlu berdoa dan beramal. Minta doa ustaz tapi kita sendiri tak pernah berdoa, adakah doa itu akan dimakbulkan. Allah sangat menyukai hamba-hambaNya yang selalu meminta dan berdoa.

Tak tahulah siapa yang salah. Mungkin juga tuan guru tersebut tidak terlibat, hanya namanya digunakan oleh 'anak muridnya'. Bukankah ini akan memburukkannya jika benar ustaz tersebut ada dan sememangnya orang yang soleh? Saya hanya berharap agar apa yang ditulis diwebsite itu adalah tidak benar dan orang yang melakukannya diberikan balasan yang setimpal.

Mungkin itu sahaja bebelan ringkas saya. Jadi saya ingin ingatkan, jika anda terjumpa mana-mana orang yang mengakui boleh memberikan nombor ekor, walaupun dia mengaku dia seorang tok guru (tok guru nombor ekor kot). Lagi memeningkan jika dikatakan bahawa ayat al-quran digunakan. Jiak terjumpa, maka elakkanlah. Bukankah jelas bahwa judi itu haram? Wallahu Ta'ala A'lam. Jika tersebut kesalahan dalam tulisan ini, sila tegur. Saya akan terima dengan penuh redha.

Ramadhan menjelma lagi : Gembiranya.............

Assalamualaikum,

Kepada para pembaca blog saya yang tidak seberapa ini, pertamanya saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang dipenuhi berkah yang terhingga. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang ingin mengabdikan diri kepadaNya, namun bulan yang leceh bagi yang hanya melihat Ramadhan sebagai bulan yang kita perlu berlapar.

InsyaAllah, selepas sebulan kita berpuasa, kita akan berHari Raya. Namun, bukan itu yang utama. Apa yang penting (kerjasama... gurau je), persediaan untuk menyambut Ramadhan itu sendiri. Begitu istimewanya Ramadhan ini hingga Allah menempatkan satu malam yang nilainya seperti 1000 bulan (83 tahun). Sama-samalah kita mencari malam ini.

Secara peribadi, saya sangat gembira tika datangnya bulan Ramadhan ini. Inilah bulan untuk saya memperbanyakkan amalan, setelah banyak masa yang telah saya bazirkan sebelum. Inilah juga bulan yang seringkali manusia lalai walaupun dijanjikan berbagai pahala dan ganjaran.

Bulan pesta ibadah seringkali disalahtafsir menjadi bulan pesta makan. Bazar Ramadhan tumbuh bagaikan cendawan. Tidak salah untuk berbelanja diluar, namun, jangan sampai membazir.

Kebetulan juga, hari ini adalah hari memperingati al-quds (21 ogos). Walaupun kita jauh daripada mereka, hendaklah kita beringat akan kesengsaraan yang mereka alami. Sekiranya kita tak dapat menghadirkan diri membantu mereka disana, cukuplah dengan memberikan sumbangan kita kepada mereka melalui badan2 yang diiktiraf dan dipercayai. Jika sukar untuk keluarkan duit, maka berikanlah doa kepada mereka. Terutamanya dibulan Ramadhan ini.

Akhir kalam, sama-samalah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menambahkan amalan kita dan semoga kita keluar daripada bulan tarbiyah sebagai seorang muslim dan mukmin yang lebih baik. Wallahu Ta'ala A'lam

Isnin, Ogos 17, 2009

Bisnes Ceramic dan yang seumpamanya. (sellback option)

Assalamualaikum,

Lupa pulak nak mengetengahkan tentang isu ini, iaitu mengenai bisnes ceramic (ceramic club, bla. bla). Walaupun agak lambat kerana telah diserbu, namun saya rasa masih relevan kerana ada lagi yang muncul dengan konsep yang sama.

Sejak saya mula terjumpa dengan ceramic club ini, saya baca, baca, baca, tapi 'sellback option'? Apa ini? Setelah banyak terlibat dalam bisnes internet yang menipu menjadikan saya lebih berhati-hati terhadap segala bentuk bisnes terutama yang samar-samar dan lebih-lebih lagi tiada produk (mungkin e-book atau program derma-menderma, lihat posting saya yang terdahulu).

Saya memang keliru dengan sistem "sellback option" ini. Apabila saya membaca, apa yang saya faham adalah, kita membayar sejumlah wang untuk membeli produk, namun kita mempunyai pilihan untuk menjual semula kepada kompeni dengan harga yang lebih tinggi. Nampak macam menguntungkan tapi mengelirukan. Kenapa mengelirukan? Mari saya terangkan.

1) Barang itu ada tidak?
Kita bayar dan jual balik. Barang itu tidak pernah sampai ke tangan kita. (ada yang kata nanti, kalau syarikat hantar kat kita, pastu kita hantar balik kat diorang, kan dah rugi kos penghantaran). Bukan itu masalahnya. Apabila kita tidak menerima produk tersebut, maka dapat dikhuatiri bahawa produk itu tidak langsung wujud. Hanya wujud atas kertas dan mulut.

2) Ada yang ambil produk tu?
Saya berani kata 99% takde org ambil untuk digunakan. Majority akan sellback kepada company. Dan ini juga akan mengukuhkan bahawa produk itu tidak wujud untuk pembeli. Jika ada yang menerimanya, itu mungkin daripada simpanan mereka yang akan mereka hantar sekiranya ada yang meminta. Itupun dalam jumlah yang sedikit. Jadi ini menjadi keraguan juga.

3) Akad yang tidak sempurna.
Dalam akad jual beli, perlu ada pembeli, penjual, produk atau barang dan akhirnya akad. Dalam sistem sellback option ini, semuanya dipenuhi kecuali satu iaitu produk. Pernahkah anda melihat produk yang akan anda beli itu depan mata anda? Sedangkan anda hanya melihat gambar sedangkan produknya mungkin tiada. Jika ada, mungkin itu adalah set pameran yang akan ditunjukkan kepada ribuan pelanggan yang lain. Jadi disini, akad mungkin akan terbatal kerana menjual sesuatu yang samar, seperti menjual anak binatang yang masih dalam kandungan (mungkin akan mati dalam kandungan) atau menjual buah yang masih dipokok atau menjual ikan yang masih dilautan (belum ditangkap lagi).

4) Lambakan ceramic
Satu lagi yang saya keliru, iaitu jika semua membuat sellback option, maka kepada siapakah pula syarikat akan menjual semua ceramic tersebut. Berapa banyak orang yang ingin membelinya, dan berapa kerat pula orang kaya di Malaysia. Ini akan menyebabkan lambakan stok yang keterlaluan akibat sistem sellback option.

Tak paham? OK, saya akan jelaskan lagi. Apabila kita membeli sesuatu barang, barang itu harus wujudkan? Dan kemudian kitajual semula barang itu kepada kompeni dengan harag yang lebih tinggi. Maka barang tersebut masih wujud (takkan tetiba hilang lak). Dan seperti yang saya katakan tadi, 99% akan membuat sellback option. Maka, jika ada 10000 peserta dan setiap peserta membuat sellback setiap bulan, maka untuk setahun:

10000 x 12 bulan = 12000 ceramic yang mahal dalam stok!!

Maka, persoalannya, kepada siapakah syarikat akan menjual semula ceramic tersebut yang semestinya akan lebih mahal daripada yang dibeli oleh peserta tadi (siapa yang nak rugi kan?). Adakah kepada peserta semula kerana semestinya mereka tidak akan membeli (kerana awal2 lagi mereka telah menjual semula). Keadaan ini akan menyebabkan lambakan stok dan boleh menyebabkan syarikat bankrup kerana sellback terus berlaku setiap bulan. Dan saya pasti bahawa ahli ceramic ini bukan hanya 10000 orang, malah lebih.

Atas sebab diatas, maka saya sangat meragui bisnes ini. Saya juga khuatir pada masa itu, terdapat student UTP yang turut sama terjebak. Mereka meyakinkan orang baru dengan check yang mereka dapat. Namun, apabila ceramic club ini diserbu, maka posting mereka turut hilang.

Kini, saya tak dengar lagi apa2 iklan atau berita mengenai ceramic ini. Dan lepas itu, saya dikejutkan pula dengan banjiran e-mail mengenai program baru iaitu dari abc2u.net, konsep cam ceramic namun oleh syarikat yang lain iaitu krypton works. dan produknya ialah benih atau anak pokok jarak. (disamping itu juga kita dapat baja).

Program ini bermula dengan modal yang lebih kecil berbanding ceramic (mungkin orang fikir ini ok kot sebab modal kecil). Kita dapat baja dan boleh jual balik pokok jarak tu pada kompeni. OK sekarang ni, pokok jarak memang tak macam ceramic, sebab pokok jarak boleh ditanam oleh syarikat dan menghasilkan buah yang dipercayai dapat menghasilkan biodiesel. Mula-mula saya dapat menerimanya perniagaan pokok jarak. Namun, kegusaran yang sama ialah, adakah company membuka perusahaan pokok jarak. Jika ada, perlu dibuktikan kewujudan penanaman itu. Jika tidak, kryton works adalah sama sahaja dengan asia ceramic.

Saya memang jangkakan artikel ini mungkin akan mendapat tentangan daripada mereka yang bergiat aktif dalam program2 sebegini. Saya hanya menyampaikan sahaja dan terpulang kepada anda untuk menerima nasihat ini. Tambahan nasihat saya, jika ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet, 1) Kaji betul2 sistem program itu, 2) Dapatkan nasihat pakar atau ahli agama (bukan nasihat upline), 3) Pastikan program itu ada produknya, 4) Pastikan juga produk itu berbaloi harganya dan yang penting tanya iman sebelum join, bukan tanya nafsu.

Wallahu Ta'ala A'lam, jika ada lagi bisnes baru yang bercambah, yang bertentangan atau mengelirukan, akan saya kemukakan, agar kita tidak tertipu.

Jumaat, Julai 31, 2009

Giliran UTP pula di tutup seminggu

Assalamualaikum,

Hari ini, kami telah dihalau keluar daripada UTP bermula pukul 3 petang. 'Rumours' yang berlegar sebelum ini telah menjadi kenyataan. Ada yang suka (kelas takde dan boleh balik rumah) namun ada juga yang tidak suka (terutamanya bagi budak final year dan event committee yang terganggu tugas mereka). Bagi saya, suka ada, tak suka pun ada. Final year project saya terganggu sedikit. Takpelah, duduk di rumah pun boleh buat kerja juga.

Sejak dua minggu UTP dibuka, flu pandemic telah menjadi bualan ramai warga UTP. Saban hari, makin bertambah bilangan orang yang memakai topeng. Yang disyaki dan yang berjaga-jaga. Saya, tak pakai la. InsyaAllah, sihat selalu. Kesian pulak bagi yang terkena dan disyaki terkena H1N1 ni. Mereka telah dikuarantin di village yang lain (jauh dari orang lain) dan takleh pergi kelas. Takleh keluar bilik juga dan segala makan-minum mereka dibawa dari luar. Terseksa betul bila kene kuarantin nih. Macam dikenakan hukuman yang paling tak berperikemanusiaan iaitu isolation.

Saya cukup bersyukur kerana hingga saat ini, saya masih terhindar daripada pandemic ini. Hanya yang masih mengganggu saya adalah masalah resdung yang bertahun-tahun saya alami. Nasib baik bila saya selsema takde pulak dikuarantin kerana disyaki terjangkit. (aku resdung la bukan H1N1).

Apa yang penting, kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa menjaga kebersihan diri. InsyaAllah terhindarlah daripada pendemic ini. Cuti taklah lama, hanya seminggu je. Sama-sama lah kita doakan agar UTP dan negara ini bebas daripada flu pandemic dan yang menghidapnya akan kembali sembuh. Amin...

p/s : Esok genap saya berumur 23 tahun. Happy Birthday to me...

Rabu, Julai 29, 2009

Termos Cantik2u - penapis air alkali yang mobile

Assalamualaikum,

Lama tak posting. Sejak saya pulang semula ke UTP, saya tak dapat nak bukak e-mail apatah posting di sini. Ini kerana, perkhidmatan internet di makmal dan irc yang bengong sikit, e-mail dan beberapa site yang perlu login seperti facebook, tak dapat saya buka. Namun, akhirnya mudah untuk saya update kerana sahabat saya meminjam laptop lamanya (dia minta saya lakukan maintenance dan seterusnya suruh saya jaga untuk bisnes printingnya). Walaupun ada laptop sekarang, namun saya akan cuba menjauhi sebaik mungkin agar tidak lalai. Tulah sebabnya saya tak bawa komputer semester ini. InsyaAllah.

Ok, kali ini saya nak share cum promote kepada pembaca blog ni, tentang satu produk yang baru jugak keluar di pasaran iaitu termos air alkali keluaran Ocean Beauty Trading. Laman web rasminya di www.cantik2u.com/ajomorten86 (ini laman web replika saya).

Termos ini amat menarik sekali, kerana bentuknya yang kecil dan mobile memudahkan kita untuk mendapatkan air alkali yang diperlukan tubuh. Hanya perlu tuangkan air masak ke dalamnya, tunggu 2 minit dan dah boleh minum.

Dari tadi saya sebutkan tentang air alkali. Apa itu air alkali. Mari saya terangkan. Air yang bersifat alkali adalah air yang paling baik dan diperlukan oleh tubuh. Setiap hari, badan kita akan mengumpulkan asid daripada minuman serta makanan Pengumpulan asid yang berlebihan ini akan menyebabkan penyakit. Oleh itu, air alkali akan meneutralkan asid2 tersebut dan memberi keseimbangan pH badan yang sihat.

Selain itu, penapis ini juga dapat membekalkan air yang kita minum dengan garam-garam mineral yang diperlukan tubuh. Dan juga molekul air alkali ini akan dikecilkan untuk memudahkan penyerapan air ke dalam sel. Senang cerita, air alkali daripada penapis ini adalah air yang cukup bertenaga untuk memberikan anda kecergasan sepanjang hari.

Penapis ini menggunakan 5 jenis batuan untuk menghasilkan hasil2 seperti di atas iaitu muyu stone medical stone, tourmaline, nanometer stone dan anion stone.

Tahukah anda juga bahawa air yang paling baik di dunia ini ialah air zam-zam, tiada yang setandingnya? Dan air juga bersifat alkali. Oleh itu, penapis air ini bertujuan untuk menghampiri ciri-ciri air zam-zam. Antara penapis lain yang sama fungsinya dengan termos ini adalah bio aura hai-o yang keluar di kaca tv. Namun perbezaannya adalah, penapis ini adalah mobile.

Harga untuk termos ini juga tidak mahal, hanya RM350. Jika dibandingkan dengan produk yang serupa dengannya, ternyata bahawa termos ini lebih murah. Termos aura dr jabbar berharga RM399, manakala satu lagi jenama yang saya jumpa di lelong.com.my berharga RM500++. Maka, termos air alkali cantik2u adalah pilihan yang bijak. Selain itu, jika anda membeli termos ini, anda secara automatik menjadi ahli dan pengedar dan anda boleh mendapat komisyen dengan memperkenalkan termos ini kepada orang lain. Bagus bukan? Sihat dapat, duit pun dapat.

Jika anda berminat, boleh melawat di laman web saya, http://www.cantik2u.com/ajomorten86 dan daftar percuma. Ataupun boleh hubungi saya di 014-3483722 dan saya akan membantu anda untuk mendapatkan termos yang sangat bagus ini. Jangan lambat-lambat, kerana bulan julai ini promosi beli 3 percuma 1 diteruskan dan mungkin akan diteruskan jika sambutan menggalakkan. Website akan dirasmikan awal ogos ini, jadi rebutlah peluang mnjadi yang terawal.

Ahad, Jun 21, 2009

Kerajaan Perpaduan - Perangkap Buat PAS

Assalamualaikum,

Sejak berakhirnya Muktamar PAS kali ke-55, isu kerajaan perpaduan menjadi semakin hangat diperbincangkan. Banyak mulut yang memberikan pandangan, banyak artikel yang ditulis yang akhirnya menimbulkan salah faham dan perbalahan. Orang awam melihatkan seakan-akan PAS sudah mula berpecah akibat daripada isu ini. Dan yang empunya angkara, UMNO.

Siapa yang akan mendapat manfaat yang paling besar sekiranya isu ini makin diperapikan dan menimbulkan kekacauan? Sudah tentulah UMNO yang telah menjadi seteru bagi PAS selama 50 tahun. Kini, mereka sedang bersorak sorai melihatkan beberapa pihak atasan dan bawahan dalam PAS mula bercakaran, dan berkait pula dengan Pakatan Rakyat. Namun, tidak semua yang akan termakan dengan perangkap ini. Hanya mereka yang benar-benar menghayati perjuangan di dalam gerakan dakwah dapat menangkis dakyah.

Media utama Malaysia, Utusan Meloya dan Berita Hairan telah memainkan peranan penting dalam menambahkan minyak ke dalam pergolakan ini. Tidak lupa juga Buletin Utama yang turut menyumbangkan tenaga untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Kenyataan-kenyataan pimpinan diubahsuai dan dipotong-potong (ambil sekerat-sekerat) supaya pembaca dan penonton akan ditipu dan salah faham terhadap isu yang sebenar.

Saya bukanlah orang yang mudah makan dan membuat kesimpulan dengan apa yang mereka sajikan. Saya hanya pastikan diri saya mendapat maklumat daripada sumber yang betul. Jika ingin tahu tentang PAS, dengarlah daripada Harakah, pedulikan media lain. Sesungguhnya, media kerajaan telah diketahui akan putar-belitnya dan sering juga di saman kerana perbuatannya mengikut telunjuk mereka yang berkuasa.

Bagi saya, saya mengambil pendirian untuk tidak membuat spekulasi dan kesimpulan yang melampau akan isu ini. Saya khuatir, jika saya bertindak sedemikian, saya akan merosakkan jemaah ini. Maka saya mengambil keputusan untuk berdiam diri, dan menunggu keputusan daripada pimpinan. Bukan tugas saya untuk menganalisa isu ini. Namun, saya kecewa apabila melihat beberapa sahabat saya, yang saya syaki termakan racun yang telah UMNO pasang. Sememangnya itulah yang mereka inginkan, agar seluruh ahli PAS dan PR berdebat, berbicara mengikut akal mereka sendiri sedangkan mereka hanya tahu sedikit dan mengerti akan perihal yang sebenarnya.

Apabila sesama ahli bercakaran, maka akan rapuhlah jemaah itu, maka mudahlah untuk musuh menghancurkannya. Saya masih teringat akan teguran pedas yang senior saya berikan. Siapa kita untuk memberikan ulasan dan pandangan? Siapa kita untuk menghakimi sesuatu perkara? Sudah cukup hebatkah kita di dalam medan perjuangan? Sudah banyakkah pengorbanan yang kita curahkan? Nilai diri sendiri. Juga teguran oleh sahabat Nik Abduh yang juga pedas, bahawa janganlah kita membuat kerja-kerja bodoh dalam PAS. Mungkin anda perlu melawat ke blog beliau dan fahami maksudnya.

Oleh itu, hentikanlah segala pertikaian dalaman yang tidak menguntungkan ini. Jangan cepat menuduh sebarangan tanpa kita mengetahui segalanya. Bukankah kita ada tugas lain selain daripada ini iaitu untuk menyampaikan dakwah? Bukankah itu sebenarnya tugas utama kita dan kita bukanlah ahlinya untuk turut sibuk dalam hal2 siasah? Serahkanlah segalanya kepada pimpinan dan syura, dan kita laksanakan tugas masing-masing. Semoga Islam terus berkembang dan menang. Sekadar peringatan dari saya, namun apa yang saya nukilkan tidak sempurna, jika ada kesalahan maka tegurlah dan peringatkan. Wallahu Ta'ala A'lam.

Jumaat, Jun 19, 2009

Tunjukkan akhlak dan adab kita..

Assalamualaikum,

Kali ini saya ingin berkongsi apa yang berlaku semalam. Ketika saya bersiap-siaga untuk ke kedai komputer, (untuk menukar switch kepada router, saya dah salah beli), tika itu mak andam kakak saya kelmarin datang untuk mengambil barang-barang pelaminnya. Sedang mengemas, dia mengkhabarkan bahawa ada seorang tourist mat salleh ada bersamanya. Saya pun keluar untuk melihat dan membantu apa yang patut.

Terlihat sahaja pelancong yang sedang makan rambutan itu, saya terus menyapanya dan memulakan bicara. Pelancong tersebut datang dari switzerland dan telah banyak melancong. Sebelum sampai ke Melaka, dia telah ke Russia, China, Kemboja, Thailand, Pulau Pinang dan baru tiba dari Kuala Lumpur dengan bas. Makcik Laila (mak andam tadi) jumpa dia sedang berjalan seolah-olah tanpa tujuan. Sedang saya berbual, ibu saya memanggil, menjemput pelancong tadi untuk minum air sirap.

Sedang kami minum, saya terus berbual. Saya tidaklah terlalu fasih berbahasa Inggeris, tapi cukup untuk membuat pelancong tersebut selesa. Oh ya, pelancong tersebut menamakan dirinya sebagai Jonas. Jonas melancong seorang diri dan suka berjalan ikut suka hati dia, tapi katanya ingin ke pantai (yang saya kira Bandar Hilir, pusat pelancongan di Melaka), tapi Makcik Laila kata dia sedang berjalan kearah tengah melaka, bukan ke Pantai. Saya risau sekiranya dia sesat dan mungkin di tipu orang (walaupun dia pernah ditipu ketika di China, sebab tu dia tak suka Tourist Guide), dia perlukan seseorang untuk menunjukkan jalan. Nasib menyebelahinya, saudara saya seorang penarik beca pelancong, dan saya meminta agar dibawa sahaja Jonas ke Bandar Hilir, bawa pusing-pusing dan check-in di hotel atau rumah tumpangan. Kebetulan dia tiada pelanggan, maka inilah rezekinya (kerja sebagai penarik beca pelancong, boleh dapat RM40 setiap jam).

Kami terus berbual, bercerita tentang Melaka, kampung saya (Kampung Morten) dan beberapa perkara menarik tentang Malaysia. Kebetulan, pada hari itu ibu saya ada menyediakan pulut dan pengat durian, maka dihidangkan jua untuk Jonas. Walaupun agak ragu-ragu untuk makan, namun akhirnya dia suka dan lazat katanya. Tidak berapa lama kemudian, beca yang ditunggu dah tiba, juga bersama selori durian, (kebetulan lalu). Kami mempelawanya mencuba makan durian (tadi pengat, sekarang yang fresh punya). Seperti pelancong lain, dia sukar untuk menghabiskannya.

Pertemuan kami tamat, dan kini dia dalam perjalanan ke Bandar Hilir, ketika saya mnulis artikel ini, pasti dia sedang meronda-ronda di Bandar Hilir lagi dan katanya, selepas ini dia akan ke Singapura pula.

Tujuan saya berkongsi kisah ini, bukanlah saja-saja, namun ada perkara yang ingin saya tekankan. Iaitu akhlak kita. Kebanyakan pelancong apabila datang ke Malaysia, membawa satu tanggapan bahawa orang Malaysia ramah dan baik, jika tidak, masakan ramai pelancong yang datang saban tahun? Maka menjadi tanggungjawab kita untuk membuktikannya. Bukan sahaja negara mendapat nama, malah Islam juga, kerana Melayu sinonim dengan Islam. Tunjukkan keramahan dan 'hospitality' kita. Siapa tahu, apabila dia pulang, akan diceritakan kepada seluruh negaranya, bukankah negara kita makin harum namanya, dan salah faham terhadap Islam juga dapat dileraikan?

Selain itu, apa yang ingin saya tekankan adalah menjadi akhlak seorang muslim yang sejati untuk senantiasa menghulurkan bantuan terhadap yang memerlukan walaupun dia buka seagama dengan kita. Namun, apabila kita berbicara mengenai menghulurkan bantuan, perlu juga kita berhati-hati kerana ramai juga manusia penipu yang mengambil kesempatan di atas kemurahan hati kita. Hinggakan orang ramai mula tawar hati untuk menghulurkan bantuan atau derma dan hinggakan orang yang BETUL-BETUL fakir menerima cercaan, kononnya dia olok-olok menjadi fakir. Kesian saya, pernah disuarakan oleh sepasang suami isteri yang buta, menjual tisu di Pudu Raya, dicerca akibat ketidakpercayaan terhadap peminta sedekah (kisahnya ada disiarkan oleh Mastika). Maka, kita perlu pandai menilai seseorang sebelum menghulurkan bantuan. Tips ringkas saya, jika kita hulur hatta seringgit pun, dan sipenerima menerimanya dengan suka hati, maka itu yang benar. Jika kita hulur, tapi diminta lebih lagi (kononnya tak makan, nak balik rumah bla. bla. bla), maka itulah yang palsu.

Maka, ingin saya ulangi lagi, bahawa hendaklah kita menunjukkan akhlak kita sebagai seorang muslim, ramah dan senang menghulurkan bantuan terutamanya kepada mereka yang sering prejudis terhadap agama Islam. Wallahu Ta'ala A'lam.

Rabu, Jun 10, 2009

SIS selayaknya diharamkan

Assalamualaikum,

Posting saya berhenti buat seketika kerana sibuk menguruskan walimah kakak saya sabtu lepas. Maaf.

Selepas muktamar PAS berakhir, saya terkejut apabila melihat berita baris (yang lalu kat bawah tv masa buletin utama). SIS melabelkan PAS sebagai parti yang autokratik dan hipokrit. Kenyataan ini dibuat kerana usul yang diterima tanpa bahas yang diutarakan oleh PAS kawasan Shah Alam yang menggesa kerajaan untuk mengharamkan pertubuhan yang bernama Sisters in Islam. Bagi saya macam Satan in Islam adela.

Sejak dulu, SIS telah banyak membuat kontroversi mengenai syara' dan prinsip dalam Islam terutamanya yang melibatkan wanita dan kekeluargaan. Nama mereka 'boom' apabila Aminah Wadud mengimamkan solat Jumaat (dan makmumnya lelaki-lelaki gatal). Mereka terus membuat kacau dengan mempersoalkan keadilan bagi wanita. Nonsense. Lelaki dan wanita mempunyai mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing.

Islam tidak menindas wanita. Malah Islam begitu mengangkat kedudukan wanita. Mari lihat beberapa keistimewaan wanita:
1) Dalam sebuah hadis, seorang sahabat bertanya, siapa yang patut ditaati setelah Allah dan Rasul, maka Rasulullah S.A.W menyebut Ibumu sebanyak tiga kali, kemudian disusuli Ayah.
2) Seorang isteri hanya perlu mentaati suaminya hingga suaminya redha padanya (tanpa meninggalkan amalan wajib) untuk masuk kedalam syurga.
3) Walaupun syurga isteri dibawah tapak kaki suami, begitu juga syurga anak dibawah tapak kaki ibu.
4) Seorang anak lelaki kekal perlu menanggung kedua ibu bapanya dan isterinya manakala seorang perempuan yang bergelar isteri terlepas tanggungannya dan perlu memberi ketaatan penuh pada suaminya.
5) Perempuan mendapat bahagian yang lebih besar daripada lelaki dalam perihal harta warisan.

Ini baru sebahagian, kalau terus dikaji, banyak lagi kemuliaan seorang wanita. Maka, buat apa nak mempersoalkan tentang keadilan Islam terhadap wanita. Jika kita kaji sejarah, Barat lebih teruk menindas wanita di zaman Revolusi Perindustrian. Wanita dan kanak-kanak dijadikan buruh, dan dianggap sebagai pemuas nafsu semata-mata (masih berterusan hingga kini). Jadi kenapa perlu diagungkan Barat kononnya wanita mereka bebas dan mendapat keadilan.

Kini, mereka menuduh pula PAS, sebuah jemaah Islam sebagai autokratik dan hipokrit. Ini sudah melampau. Kalaulah, saya mempunyai kuasa, akan saya haramkan dan bubarkan SIS, ahli-ahlinya akan dipulihkan akidahnya. Namun, pelik, hingga kini masih bebas membuat kacau, menggangu akidah umat Islam seluruh dunia dengan gerakan Islam Liberalnya. Kenapa begitu cepat pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan ajaran-ajaran sesat, namun ajaran sesat yang ini tak berani pula nak ambil tindakan sehingga perlu dibuat usul untuk menggesa kerajaan mengambil tindakan. Carilah siapa yang menganggotai SIS dan anda akan tahu sebabnya. Wallahu Ta'ala A'lam.