Mengenai Saya

Foto saya
Kg. Morten, Malacca, Malaysia
Me and Allah knows myself best!!

Nak join bisnes internet? Rujuk di sini....

Isnin, Disember 08, 2008

Salam Aidil-Adha - Ramblings Qurban

Assalamualaikum,

Agak besar sela masa sejak saya menulis artikel yang lepas. Mungkin kesibukan exam dan menulis report mengekang saya untuk menulis. Bagaimanapun, pertama kali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca Muslim blog saya yang tidak seberapa ini.

Baru pulang dari solat sunat tadi, terus saya mengadap komputer dirumah. Sekadar ingin tahu berita terkini sebelum keluar membantu orang kampung menyembelih lembu. Bukalah TKO dan saya agak terkejut (walaupun kenyataannya telah diketahui lama dah). Saya dikejutkan dengan surat yang sebenarnya dah lama, tapi menjadi bukti terhadap kenyataan yang masih terpakai.

UMNO menolak Islam!! Kita sendiri jelas bagaimana pemimpin mereka sering mempersendakan Islam dan membawa Islam yang palsu. Dulu Islam Liberal dan kini Islam Hadhari. Setelah Pak Lah berhenti, Islam apa pula yang akan dibawa oleh Pak Najib. Kenyataan mereka sangat bercanggah dengan Islam terutamanya apabila mereka menolak hukum2 Islam daripada dilaksanakan, seperti hukum HUDUD. Kenapa apabila kita berbicara tentang hukum Islam, pasti hudud akan terkeluar daripada mulut ahli PAS?

Bukan sahaja hukum hudud yang ingin PAS perjuangkan, PAS ingin memartabatkan semua hukum dan mentadbir dengannya, kerana hukum Allah adalah ABSOLUTE. Tidak boleh dipinda, kecuali yang samar2 dan dibahaskan oleh para Ulama'. Bagi saya mungkin kerana hudud yang paling mudah untuk disebut. Apa2 pun bukan itu yang menjadi persoalannya.

UMNO dari dulu, kini dan selamanya akan menolak Islam. Mereka adalah parti yang bertunjangkan kepada kaum ataupun asabiyah (bak kata org Hizbut Tahrir). Sejak dari zaman Tunku lagi, dia mengatakan bahawa 'There is no room for an Islamic State'. Hanya kerana kita berbilang bangsa, maka hukum Islam tidak boleh dijalankan? Begitu juga kenyataan pemimpin selepasnya.

Banyak bukti yang menunjukkan bahawa UMNO menolak Islam. Salah satunya surat yang dibawah, saya ambil dari TKO



















Dalam surat ini, kenyataan biadap bahawa mereka menolak hukum quran kerana sesuai dengan semangat BN yang sekular. Dan juga kenyataan jelas bahawa masyarakat perlu dibutakan daripada Islam supaya kemenangan jadi milik mereka.

Saya tahu surat ini agak lama, dan mungkin ada yang tidak setuju dengan saya dan mengatakan bahawa UMNO kini sudah berubah. Tapi, pandangan saya berbeza. Tiada tanda UMNO telah berubah dan menjadi Islamic hanya kerana mewujudkan Islam Hadhari. Malah lebih teruk. Jikalau benar UMNO telah insaf dan sedar, maka sudah tentu UMNO akan masuk PAS. Atau seperti cadangan TGNA, bubar dua-dua, tubuhkan satu parti Islam baru. Tapi, diorang nak ke? Nak ajak PAS masuk UMNO? Sudahlah, kami dah serik apabila diperkudakan pada tahun 1970-an, apabila PAS masuk BN. Punah ranah PAS dibuatnya hingga berpecah kepada HAMIM dan BERJASA. Orang Islam takkan jatuh kedalam lubang yang sama dua kali.

Kalau ada orang UMNO yang baca artikel saya, walaupun agak keras, tapi itulah kenyataan. Tanya diri, apa yang UMNO dah bawak untuk Islam di Malaysia ini? Mungkin agak baik diperingkat kampung, namun secara keseluruhan masih menjadi penantian yang tidak berkesudahan. Biarlah saya hentikan dahulu ramblings saya. Sama-samalah kita renungkan. Wallahu Ta'ala A'lam.

Khamis, November 06, 2008

Kemenangan Barack Obama - Apakah Implikasinya Pada Dunia Islam?


Assalamualaikum,


Pilihanraya US telah berlalu dan setelah kian lama berkempen, calon popular, Barrack Obama akhirnya menang menewaskan John McCain dari parti Republikan. Dia adalah Presiden USA yang pertama berbangsa negro atau hispanian. Ini membuktikan bahawa rakyat Amerika menerima kehadirannya sebagai Presiden bukan kerana bangsa tetapi kerana misi yang hendak di bawanya.

Apakah impaknya kemenangan Obama pada dunia Islam? Sejak dari dahulu terutamanya ketika Bush memerintah, Amerika melaksana dasar anti-terrorismnya ke atas dunia Islam. Semua dilihat sebagai terrorist sehingga mereka tidak perasan merekalah terrorist yang sebenar. Dan menjadi dasar Amerika untuk menjadi jaguh dunia dan menjuarai semua perkara hingga mencampuri urusan-urusan negara lain. Merekalah pendamai, merekalah polis dunia. Namun, mereka tidak tahu bahawa merekalah penjenayah dunia nombor satu.

Antara yang dijanjikan oleh kedamaian kepada negara yang dikacau oleh Amerika dan sekutunya. Rundingan akan diadakan dengan negara seperti Korea Utara, Iraq dan lain-lain untuk mencapai kesepakatan untuk berdamai. Namun sejauh mana janjinya dituniakan, hanya Allah yang tahu kita sama-sama mendoakan agar Obama menunaikan apa yang dijanjikannya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pas juga mengucapkan tahniah diatas kemenangan Obama dan mengharapkan bahawa Obama dan anggota senatnya akan membawa perubahan yang baru pada dunia keseluruhannya. Pertikaian perlu dileraikan dan sekatan ke atas dunia Islam perlu di tarik balik.

Perbuatan Amerika terhadap dunia Islam selama di dalangi oleh regim Zionis yang tidak pernah hilang kedengkiannya terhadap Islam. Amerikalah penyokong kuat kepada regim ini kerana Amerika banyak didokongi oleh orang Yahudi. Namun bukan semua orang Amerika begitu. Ada juga yang tidak suka dengan dasar kerajaan mereka dan mereka ingin kedamaian.

Namun, ada sesuatu yang lumrah bagi rakyat Amerika. Mereka menganggap bahawa 'they are the great people'. Mereka mahu semua orang di dunia ini mengikut cara hidup mereka dan tamadun mereka. Mungkin anda masih ingat lagi tentang 'Beban Orang Putih'. Walaupun yang kita belajar yang membawa slogan itu adalah British namun jangan dilupa bahawa Amerika juga berasal daripada British. Penduduk asal Amerika adalah Red Indian.

Barrack Obama pernah dituduh sebagai orang Islam kerana dia menentang dasar penjajahan Amerika. Tapi dia adalah penganut Kristian yang setia dan inginkan kedamaian. Sama-samalah kita berdoa bahawa apa yang dijanjikannya ditunaikan dan mungkin juga mendapat hidayah dan memeluk Islam. Wallahu A'lam.

Jumaat, Oktober 31, 2008

Jangan cepat mengalah

Assamualaikum,

Rumblings saya untuk hari jumaat yang indah dan mulia ini. Manusia akan dan sering menghadapi masalah dan gagal. Tiada siapa yang tidak pernah diuji. Samada orang kafir, orang Islam, alim ulama, pemimpin semuanya akan diuji. Sesuai dengan firman dalam surah Al-Ankabut (29:2-3)

"Adakah mereka fikir mereka akan dibiarkan berkata "Kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji. Kami telah menurunkan ujian kepada kaum sebelum mereka, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui siapa yang benar diantara yang salah"

Darjah atau kesukaran ujian yang menimpa berbeza bagi setiap orang berdasarkan keimanan dan kebolehan sesorang menerima ujian. Orang yang biasa menerima ujian yang biasa, orang yang alim menerima ujian yang sangat teruk, malah orang kafir seolah-olah tidak menerima ujian dan senang-lenang. Adakah Allah tidak sangat pada hambanya yang soleh dan bersikap tidak adil? Jika ini yang kita fikir, astaghfirullah. Kita salah.

Allah maha adil bagi semua hambanya. Cuma akal kita yang dangkal tidak dapat melihat keadilan Allah kerana kita selalu buruk sangka terhadap Allah dan tidak yakin.
1) Orang yang alim menerima ujian yang hebat. Kerana Allah ingin menguji keimanannya dan meningkatkan lagi darjatnya. Orang yang beriman, apabila makin diuji, makin kuat imannya kerana makin dekat dia dengan tuhannya. Makin pengharapan dan makin ibadahnya. Allah paling sayang pada hambanya yang tahan diuji.
2) Orang yang biasa menerima ujian. Mungkin Allah ingin menaikkan darjatnya ataupun Allah ingin menegur atas segala kesilapan yang hamba itu lakukan. Allah juga masih sayang pada orang ini.
3) Orang yang tidak ditimpa ujian, senang sentiasa. Jaga-jaga kerana orang ini akan mendapat kesusahan di akhirat kelak.

Saya juga banyak menerima ujian. Ada ujian yang saya hadapi dengan baik, ada yang kurang bijak. Namun Allah masih sayangkan kerana masih lagi mendapat nikmat iman dan rahmat. Kalau tidak, mungkin saya tidak menulis artikel seperti ini lagi. Ujian yang baru saya terima memberi impak yang sangat besar dan menjadi batu loncatan untuk menghadapi alam yang lebih mencabar. Saya dapat melihat ujian yang Allah berikan pada saya dengan ujian dalam akademik semasa di UTP hanyalah kecil jika hendak dibandingkan dengan masalah yang bakal saya hadapi di alam pekerjaan.

Besar atau kecil masalah itu memang berbeza bagi setiap orang berdasarkan pengalaman dan berapa besar dia melihat masalah tersebut. Yang paling penting adalah bagaimana kita menghadapinya. Adakah kita lari ataupun kita rempuh. Kalau kita lari, masalah itu akan terus mengejar walaupun anda seorang sprinter. Namun, jika kita hadapi masalah tersebut, samada kita gagal atau berjaya.

Namun, jika kita menghadapinya pula, jangan lupa untuk memohon doa pada Allah. Tanpa pertolongan Allah, walau sehebat manapun kita, kita boleh kecundang.

Gagal sekali bukan bermakna dunia ini sudah gelap dan tiada harapan lagi. Sebenarnya Allah masih sayangkan kita dan masih ingin memberi kita peluang. Namun kita sahaja yang tidak menyedarinya. Abang saya banyak mengajar erti kegagalan dalam hidup. Contoh pada dirinya membuka mata saya. Dia tidak pernah berputu asa walaupun sering gagal. Dan tak pernah malu kerana gagal. Malah bermuka tebal dengan orang yang akan mencemuhnya.

Ya, orang yang mencemuh. Biasanya kita takut untuk meghadapi orang yang sebegini. Jangan takut dengan cemuhan orang. Mungkin hari ini kita rasa rendah, hari esok kita akan lebih berjaya daripada mereka. Belajarlah menerima cemuhan orang dengan positive.

Semalam saya dapat berusrah dengan adik-adik Smart Group setelah lama tidak bersua. Salah seorang daripada merungut dengan satu subjek yang dikatakan susah dan bimang perlu extend. Terus saya mencelah, lebih kurang begini:

"Jangan terus mengalah, anta masih foundation, masih awal untuk mengalah. Jangan fikir yang anta akan gagal. Bawak berbincang lecturer dan dapatkan bantuannya. InsyaAllah dia akan bantu. Jika anta mengalah sekarang, bagaimana anta akan hadapi cabaran dan ujian sepertimana yang ana alami?"

Oleh itu, walaupun sebesarmana pun ujian yang kita hadapi, ingatlah, sebenarnya Allah masih sayang dan jika kita ada membuat kesalahan, Allah ingin mengingatkan kita. Ujian yang Allah timpakan pada saya mengingatkan saya untuk menjaga hubungan denganNya dan sentiasa bersikap positive. Akhir kalam, Jangan Cepat Mengalah.

Wallahu Ta'ala A'lam.

Sabtu, Oktober 25, 2008

Berdoalah walaupun tiada hajat

Assalamualaikum,

Sudah dua minggu saya tidak muncul, namun kini saya kembali. Maaf kerana banyak perkara yang terjadi hingga saya tidak berpeluang untuk menulis sesuatu di blog ini.

Kita tangguhkan dahulu tentang bisnes internet kita kerana saya ingin berkongsi perkara yang agak penting ini.

Berapa ramai di antara anda pembaca budiman yang telah berdoa kepada Allah hari ini? Sila angkat tangan!! Yang setakat aminkan doa imam tapi tak tau langsung apa kejadah yang imam tu baca sila turun tangan. Jangan ngengada nak angkat tangan.

Kenapa saya tak nampak satu pun tangan?? Malas nak berdoa? Atau ego? Dah cukup dah?

Haha, saya bergurau je, memang la tak nampak. Saya bukan nampak anda pun. Malah saya tiada di depan anda pun. Hanya tulisan saya sahaja yang ada. Namun saya percaya ada yang angkat tangan dengan ikhlas, tapi sangat sedikit bilangannya.

Memang inilah senario manusia. Malas nak berdoa. Rasa kononnya dah cukup semua dan tak perlukan Allah lagi. Orang yang seperti ini ada sifat ego dengan Allah yang sangat tebal. Cuba kalau Allah uji dengan sedikit ujian, dia lah yang paling muka tak malu angkat tangan mohon doa. Orang seperti ini paling banyak dan ada yang Allah kabulkan doa mereka sebagai pengajaran dan ada yang Allah tolak. Alangkah ruginya orang yang berada dalam golongan ini.

Hakikatnya, doa bukannya hanya ketika susah. Doa bukan sesuatu yang lekeh dan tidak penting. Doa itu sangat penting bagi seorang muslim. Doa adalah senjata bagi umat Islam. Jika US dan Israel ada nuklear, kita ada pencipta nuklear itu sendiri, iaitu Allah. Itupun jika kita selalu berdoa.

Pengalaman hidup saya banyak mengajar saya erti berdoa. Dahulu saya sangat malas untuk berdoa. Selepas solat terus je lipat tikar pastu jalan. Kalau aminkan doa imam, saya hanya aminkan tanpa peduli apa yang imam kata. Seolah-olah saya sombong dengan Allah. Hinggalah Allah uji sahaja dengan sedikit ujian. Terus saya jadi rajin doa. Setiap peluang dan waktu yang dimakbulkan doa saya rebut. Masa makin berlalu, doa saya tidak terjawab dan masalah makin melarat. Namun, Allah masih sayangkan saya, dia tunjukkan juga jalan keluar namun tidak sejajar dengan doa saya. Mungkin kerana sifat tidak berputus asa, maka Allah tunjukkan juga jalan keluar. Sejak itu, persepsi saya terhadap doa berubah.

Orang yang tidak tahu pasti tertanya kenapa doa ku tidak dimakbulkan? Kita pergi satu persatu.

Doa yang dmakbulkan.

Orang yang dimakbulkan doa adalah orang yang teraniaya, ibubapa terhadap anaknya, orang yang bermusafir dan orang berpuasa hingga berbuka.

Adab dan keadaan untuk doa dimakbulkan.

  • Berada dalam keadaan bersih, suci tubuh badan dan bebas daripada termakan rezeki yang haram
  • Duduk mengadap kiblat
  • Menadah tangan tinggi hingga nampak putih ketiak.
  • Berdoa ketika makbul doa (antara azan dan iqamah, malam jumaat, selepas solat fardhu, dalam sujud dsb.)
  • Ikhlas dalam berdoa. Tandanya, airmata mengalir ketika berdoa (tapi bukan yang buat2 punya, real la)
  • Berdoa biar jelas walaupun Allah tahu semua isi hati kita.
  • Ulangilah doa/hajat (stresskan) beberapa kali.
  • Tidak berputus asa dan terus memohon doa yang sama berulang kali jika belum diberikan. Jangan malas dengan berkata "Ya Allah, macam biasa". Apa! ingat ni order makanan kat mapley ke?
  • Yakin dan bergantung harap Allah akan kabulkan doanya.
  • Ada lagi, anda cari la lagi kat internet ni. Tanya pakcik google.

Doa yang tidak dimakbulkan.

"Saya dah buat semua yang di atas, kenapa Allah tak makbulkan lagi. Adakah Allah tak sayangkan aku?" Eh! nanti dulu. Jangan kata begitu. Mari kita check kenapa tak makbul lagi.

  • Check dosa-dosa yang kita ada. Dosa kita yang banyak akan menghalang doa kita dimakbulkan. Oleh itu, mintalah keampunan dahulu.
  • Dosa dengan Allah boleh kita mintak ampun terus, namun mungkin kita ada dosa dengan orang lain.
  • Jika kita masih berterusan melakukan maksiat kepada Allah, memang patutla Allah tak kabulkan. Hentikan maksiat anda.
  • Doa anda mustahil untuk terjadi. Mungkin anda doa yang pelik2 dan yang buruk. Jika demikian, mungkin anda dipengaruhi oleh syaitan.
  • Baru sekali doa, nak makbul? Sedangkan nabi dan sahabat berdoa banyak kali. (jangan putus asa jika doa yang pertama tidak dimakbulkan.)
  • Kita tidak faham doa kita itu. Konon eksyen doa dalam arab, tapi tak paham buat apa. Seorang kawan saya ketika mengimami solat fardhu, dia baca doa standard lepas solat tapi dia translate semua dalam bm. Saya tanya kenapa? Supaya semua orang tahu apa yang mereka aminkan, katanya. Fuh respek!!
  • Mungkin Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik, maka Allah tangguhkan.

Yang penting, dalam berdoa, kita perlu yakin sepenuhnya pada Allah dan ikhlas. Berdoalah perkara yang baik-baik.

"Saya takde problem, sihat je dan ok. Perlu ke saya doa teruk2"

Manusia ada sifat tamak, maka tamaklah dalam meminta kebaikan daripada Allah. Lagipun adakah anda rasa diri anda dah perfect? Orang tidak merasa dirinya berdosa adalah orang yang berdosa.

Yang ni soalan feveret saya "Saya betul2 tak tau apa nak doa!"

Saya tahu apa doa yang sesuai untuk anda terutama pada malam lailatul qadar yang doanya tidak ditolak.

"Ya Allah, kau makbulkanlah doaku pada bila-bila masa aku minta"

(Macam orang dapat genie, diberi tiga permintaan. Maka permintaannya adalah, aku nak tiga lagi wish, ulang tiga kali maka dah dapat 9 wish)

Kesimpulannya, jadikan doa itu amalan harian. Ada je peluang doa. Tak reti doa arab, baca dalam bm, Allah faham. Tak tau apa nak doa. Baca doa yang kat atas tu. Wallahu Ta'ala A'lam.

Isnin, Oktober 06, 2008

Bisnes #5 - Forex (Foreign Exchange)

Assalamualaikum,

Seperti yang saya janjikan semalam, saya akan berbicara mengenai forex pula. Ramai yang saya tengok kebingungan dengan hukum forex ni. Halal ke Haram? Jangan Halam sudah. Saya pun dulu pening jugak, sebab saya bukannya pakar dalam bidang forex ini. Tapi, Insyaallah saya akan share pendapat saya dan orang lain dari sumber-sumber yang saya dapat.

Forex adalah dimana kita membeli dan menjual matawang. Disebabkan matawang antarabangasa mempunyai nilai yang berlainan dan nilai ini sentiasa berubah mengikut keadaan, maka disini para pemain forex dapat menjana keuntungan ataupun mengalami kerugian.

Untuk mudah faham, jika kita ada duit usd, kita akan pergi ke pengurup wang dan menukarkan duit itu kepada RM. Oleh kerana nilai USD lebih tinggi berbanding RM, maka kita akan dapat lebih banyak RM. Inilah asas forex. Namun, forex lebih daripada itu. Seperti saham, kita membeli matawang tersebut ketika harganya rendah, dan menjualnya semula ketika harganya tinggi. Itulah dunia forex yang sebenarnya.

Para pemain forex banyak yang bermain dengan spekulasi matawang. Mengikut sebuah buku yang saya baca, karangan tun dr mahathir, krisis ekonomi yang berlaku pada malaysia pada ketika dahulu adalah berpunca daripada spekulasi yang dibuat oleh pemain forex yang menyebabkan matawang malaysia jatuh dan ekonomi menjadi gawat. Oleh itu, jika anda mahukan kestabilan ekonomi negara dan anda tak 'selfish', jangan main forex.

Sekarang mari kita lihat hukumnya pulak. Secara kolektifnya, hukum bermain forex adalah harus. Ini berdasarkan konsep 'yadan bi yadin' (on the spot basis). Hadis Nabi:
Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 )

Matawang ditukar dengan matawang juga, cuma nilaian yang berbeza. Pertukaran itu perlu berlaku pada masa yang sama bukan bertangguh atau berhutang. Seperti menukar duit di kaunter pengurup tadi, pertukaran berlaku serentak. Jika ini dipatuhi, maka forex adalah harus.

Bagaimana pula forex menjadi haram? Untuk memahami ini, suka saya kemukakan dua keadaan forex
1) Orang melaburkan duit dalam sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan forex
2) Individu tersebut bermain forex sendiri dengan modalnya sendiri dan hanya menggunakan syarikat tersebut sebagai platform untuk urusniaga.

Keadaan yang pertama yang perlu dibincangkan di sini. Syarikat konvensional seperti swisscash, abffund dll menjalankan perniagaan forex dan mengumpulkan dana daripada orang ramai. Syarikat seperti ini banyak melanggari hukum syarak dalam urusniaga forex sehingga meletakkannya kepada hukum haram. Ini kerana, mereka menggunakan tool yang tidak bertepatan dengan hukum syarak seperti leverage, forward, swap dll (terlalu banyak untuk disebutkan). Tool yang mereka guna berteraskan urusniaga bertangguh dan terlibat dengan riba nasiah.

Cuba kita lihat syarikat yang telah diharamkan dahulu iaitu swisscash. Antara sebab ianya diharamkan ialah:
1) Janjian keuntungan yang mencurigakan. Islam tidak membenarkan menjual sesuatu yang belum berlaku dan bertangguh seperti menjual buah-buahan dikebun sedangkan pokok belum ditanam.
2) Bersifat bucketshop. Apa itu bucketshop? Mungkin anda perlu google sendiri, tetapi apa yang saya boleh katakan bahawa syarikat bucketshop sebenarnya tidak meniagakan duit anda dipasaran forex, hanya diam di dalam harddisk broker. Keuntungan yang anda terima adalah duit daripada pelabur baru. Fahamkan?

Mengikut Ustaz Zaharuddin, di dalam syarikat konvensional, mereka ada menggunakan sistem leverage ataupun berhutang. Broker meminjamkan duit pada anda dan duit tersebut dilaburkan dan anda hanya menunggu keuntungannya sahaja. Broker akan mengambil semula pinjaman tersebut. Keadaan ini telah membatalkan akad kerana dilakukan secara bertangguh. Oleh itu, jangan melabur modal dengan syarikat konvemsional seperti ini dan hanya menunggu modal sahaja.

Bagaimana jika kita ingin bermain sendiri? Boleh, tetapi perlu diambil kira dua perkara, bermain forex memerlukan modal yang sangat besar (sekitar 100k usd) dan risikonya juga tinggi. Anda memerlukan kemahiran yang sangat tinggi. Namun, saya perasan ada pemain forex yang membuka peluang kepada orang lain untuk menyumbang modal dan menggunakan modal yang terkumpul untuk bermain forex. Mereka tidak menjanjikan pulangan yang lumayan malah mengingatkan bahawa untung dan rugi perlu dikongsi bersama.

Pada pandangan saya, ini dibolehkan, tetapi pastikan dengan siapa kita melabur. Kenalpasti sistem yang digunakan agar tidak terlibat dengan riba.

Pada kesimpulannya, forex hukumnya harus. Namun, jika dicemar dengan instrumen konvensional yang bertentangan dengan syara', maka hukumnya jatuh kepada haram. Wallahu Ta'ala A'lam

Khamis, September 11, 2008

Menjaharkan zikir selepas solat

Sedang sedap-sedap menaip semalam, tiba-tiba, tup!! Blackout. Arghh!! Dah panjang saya menaip tiba-tiba lak putus. Walaupun kecewa tetapi kena redha. Setiap peraturan Allah pasti ada hikmahnya. Supaya saya pendekkan rencana kot.

Semalam juga saya belek-belek kitab Hadis Sahih Bukhari, Jilid 1-4, keluaran Klang Book Center dan berjumpa dengan sepotong hadis yang boleh menjawab pertikaian seorang pemuda kepada saya ketika saya pulang ke kampung dahulu. Dia mempertikaikan amalan di Malaysia di mana selepas solat imam dan para jemaah akan berzikir bersama secara kuat kerana dia mendakwa bahawa ulama'-ulama' di mekah berfatwa bahawa zikir selepas solat tidak dijaharkan dan ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah berzikir secara senyap. Saya tidak menjawab pada ketika soalan itu ditanya kerana saya tidak pasti dengan jawapannya. Namun, inilah jawapannya:

Diceritakan oleh Ibnu Abbas R.A,"Sesungguhnya berzikir dengan mengeraskan suara setelah selesai solat fardhu, ada dilakukan di zaman Nabi S.A.W. Kata Ibnu Abbas meneruskan, "Aku tahu setelah orang-orang selesai solat wajib, saya dengar begitu"
(Hadis 459, Bab Azan, Jilid 1)

Hadis di atas menafikan pendapat bahawa berzikir secara berjemaah selepas solat jemaah adalah bidaah. Hadis yang mereka kemukakan dan hadis ini kedua-duanya sahih. Oleh itu, sepatutnya tiada pertelingkahan kerana kedua-duanya berlaku dizaman Rasulullah S.A.W. Oleh itu tiada salahnya samada hendak dijaharkan atau tidak.

Dalam hal feqah, memang terdapat banyak perkara khilaf antara ulama' dahulu dan kini. Atas sebab itu, maka terdapat 4 mazhab utama. Kita mengaku mengikut mazhab Syafie, maka ikutilah. Dan orang yang memegang mazhab lain perlu menghormati pegangan mazhab lain. Ini tidak, beberapa golongan seperti wahabi (kini) cuba menimbulkan pertelingkahan dengan mengatakan tiada bidaah hasanah. Semua bidaah itu sesat, sampai dikatakan imam syafie juga tidak betul. Hanya pegangan mereka sahaja yang betul.

Tiada masalah berkhilaf dalam bab feqah selagi mana setiap pandangan itu mempunyai hujah yang kukuh. Namun amalan-amalan yang tidak ada dalil (biasanya adat orang melayu yang diambil daripada agama lain seperti bersanding) sepatutnya perlu ditolak sama sekali. Hanya perkara perkara dasar seperti kewajipan berdakwah dan berperang, hukum-hakam yang termaktub jelas dalam Al-quran yang tidak perlu dibahaskan, malah perlu diutamakan daripada berbahas tentang perkara-perkara kecil. Tidak perlu heboh satu dunia untuk membincangkan adalah bangkai nyamuk adalah najis atau tidak, sedangkan umat Islam di Palestin masih menderita.

Saya juga solat dibelakang imam daripada timur tengah dan mereka berzikir sendirian setelah selesai solat. Saya hormati pegangan mereka dan turut sama zikir secara sendiri. Dan mereka juga tiada masalah jika berada dibelakang imam yang menjaharkan zikir. Tidak seperti beberapa golongan yang suka menghukum orang lain sesat kerana mengamalkan bidaah.

Oleh itu, hentikanlah perbuatan bertelingkah atas perkara khilaf dan tumpukan pada perkara umat yang lebih penting iaitu dakwah dan jihad. Pertelingkahan ini hanya akan merugikan umat dan menyebabkan puak kuffar ketawa berdekah-dekah. Sekian, peringatan untuk diri saya dan anda. Wallahu Ta'ala A'lam.

Khamis, September 04, 2008

Pengecualian Bil Elektrik - Kerajaan Prihatin Pada Siapa?

Assalamualaikum,

Baru-baru, kerajaan Dolah Badawi telah mengumumkan bajet 2009 prihatian yang kononnya untuk melegakan bebanan rakyat. Harapan agar bajet ini dapat dijadikan 'ubat batuk' setelah kemenangan DSAI di Permatang Pauh. Namun, jangkaan benar-benar meleset kerana rakyat makin pandai menganalisa maklumat dan tawaran yang diberikan.

Saya terbaca satu artikel di Harakahdaily hari ini tentang 'sidang parlimen' rakyat di kedai kopi, tanpa speaker. Semua bebas untuk bersuara dan saya juga suka perbincangan sihat ini kerana mereka memberi ruang juga kepada saya untuk sama-sama berbahas. Orang dah bagi cakap, maka perlulah kita lakukan tugas kita untuk menyampaikan kebenaran yang tersembunyi. (Kebetulan di kampung saya, hanya segelintir ada akses internet, termasuk rumah saya). Maka, penyebar info di kedai kopi kampung saya adalah ayah saya dan saya sendiri (bila pulang ke kampung).

Apa yang menariknya tentang 'sidang parlimen' yang saya maksudkan tadi. Mereka berbincang dan mengeluarkan pendapat yang saya sendiri tidak terfikir. Tentang bil elektrik yang kononnya akan dikecualikan bagi pengguna di bawah RM20. Katanya, ini untuk golongan sasaran iaitu orang miskin. Tapi, nyata sasaran tidak mengena.

Siapa yang pernah menerima bil bawah RM20? Kalau ada, tahniah. Tapi, masalahnya, hatta orang miskin pun bil mereka pasti lebih RM20. Bil rumah saya juga tak pernah di bawah RM20 walaupun sekarang hanya tinggal ibubapa saya sahaja di rumah. Maka, kalau bukan golongan miskin, maka siapa yang akan dapat merasai pengecualian ini? Jawapannya adalah PATI (pendatang asing tanpa izin).

Kenapa begitu? Ok, kalau orang miskin pun, mereka bermastautin di Malaysia dan walaupun hanya menggunakan peralatan asas seperti tv, radio, kipas, lampu, peti sejuk dan cerek elektrik pun akan menerima bil yang lebih RM20. Namun berbeza dengan warga asing. Mereka tidak tinggal lama dan tak memerlukan kemudahan elektrik yang banyak untuk hidup selesa. Maka mereka hanya memerlukan tv dan lampu sahaja. Malah ada juga yang hanya menggunakan lampu. Maka, secara logiknya, merekalah yang layak menerima pengecualian itu.

Ini menunjukkan Menteri Kewangan kita tidak begitu peka dengan apa yang dikeluarkan. Mungkin tengah mamai lagi selepas tersedar daripada mimpi ngeri (DSAI masuk parlimen). Dan nampaknya rakyat lebih bijak menganalisa dan sedar daripada 'raja tidur'.

Kalau betul prihatin kepada rakyat, ini cadangan saya. Sepatutnya ayat pengecualian itu ditukar sedikit. RM20 pertama daripada bil dikecualikan. Ini secara tak langsung boleh diistilahkan sebagai subsidi. (Mungkin kerajaan fobia dengan perkataan subsidi). Jika tak mampu nak tampung semua subsidi ini, (yelah harga minyak pun liat nak turunkan), maka fokuskan betul2 pada golongan miskin. Beri pengecualian ini kepada rumah yang berada dalam klasifikasi ini. Ini baru betul prihatin. Ini tidak, dikesiankan pulak pada pendatang asing.

Sebelum saya terlupa. Apabila kerajaan mengumumkan penurunan 15 sen pada harga petrol, kawan saya melakukan sedikit pengiraan. Apa yang ditemuinya adalah penurunan itu adalah sama dengan penurunan harga minyak sedunia iaitu sebanyak USD80 setong. Adakah kerajaan betul-betul khlas hendak menurunkan harga kerana kalau tidak, sepatutnya penurunan lebih daripada 15sen.

Sama-samalah kita berfikir sejenak dan membetulkan kerajaan kerana menegur kerajaan yang zalim adalah antara jihad yang paling utama. Manakala hadis yang berbunyi:
"Kita kembali daripada jihad yang kecil dan memasuki jihad yang besar" Mereka bertanya: "Apakah jihad yang besar itu?" Ia menjawab: "Jihad hati atau jihad (menentang nafsu)"

Berkata Imam Hasan Al-banna, "Setengah orang cuba (melalui hadith ini) memalingkan orang ramai dari mengambil berat terhadap peperangan serta membuat persediaan untuknya, memalingkan niat jihad dan bertekad dijalannya. Ini adalah athar bukan hadith sahih"

Sekadar perkongsian. Wallahu Ta'ala A'lam.

Isnin, September 01, 2008

Farshi Turab - Dust Is My Bed

Assalamualaikum,

Sebagai mengisi elemen dzikrulmaut semasa bulan Ramadhan ini, lagu Farshi Turab adalah lagu yang cukup sesuai untuk mengingatkan kita tentang kematian. Kita mendengar lagu ini didendangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Akkil Hayy dan asalnya ianya didendangkan oleh Mishari Al-Arada. Saya cari seni katanya di internet dan jumpa. Mula-mula dapat yang telah dirumikan, namun susah nak menyebut dan sebutan juga tidak tepat. Lalu saya cari yang bahasa arab. Hayati bersama lagu ini dan seni katanya.



Lyrics : Dalam Arab











































































(Translation)
Dust is my bed, embraces me and it's my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line

Dust is my bed, embraces me and it's my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line

Where is my family's love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It's behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bed

Dust is my bed, embraces me and it's my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line

And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed

Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it's my cure

And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it

And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it.

Ahad, Ogos 31, 2008

Awal Ramadhan yang ditunggu-tunggu.

Alhamdulillah,

Kita masih diberi peluang kesekian kalinya untuk bertemu Ramadhan semula. Suatu bulan yang paling ditunggu2 dan dirindui (ada juga yang sebaliknya). Kerana di dalamnya terdapat rahmat dan nikmat yang tidak terdapat dalam bulan lain. Ramadhan ini juga menjadi titik tolak buat kita untuk mendidik diri menjadi hambaNya yang taat dan soleh.

Petang tadi, saya mendapat jemputan untuk mengikuti rombongan universiti untuk ke tempat pencerapan anak bulan Ramadhan di Pasir Panjang, Perak. Majlis yang di hadiri oleh YAB Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mufti Perak, S.S Dato' Seri Harussani Zakaria. Boleh tahan ramai juga yang hadir untuk sama-sama melihat anak bulan.

Kami tiba pada pukul 5.30 ptg setelah agak tersesat mencari jalan dan tika itu tahlil ringkas sedang berlangsung. Kebetulan pula saya memang lapar, dan makanan ringan disediakan. Makanan telah tersedia dan perut dah lapar, maka saya utamakan makan dahulu baru turut sama bertahlil. Kemudian, majlis diteruskan dengan tazkirah Ramadhan oleh A.F (Al-Fadhil bukan Akademi Fantasia) Ustaz Hazlin. Dia memang tidak asing bagi kami kerana pernah memberi ceramah semester lepas di Undercroft-Kompleks Chancellor, UTP. Tazkirahnya memang kelakar dan diselitkan dengan bacaan al-quran dan lagu bernada hindustan.

Di antara isi tazkirahnya yang ingin saya kupas adalah dalam bulan Ramadhan ada 3 perkara yang perlu kita beri perhatian :
1) Dzikrullah (mengingati Allah)
Dibulan Ramadhan adalah bulan pesta ibadah dan kita perlu memperbanyakkan solat. Dan hanya di bulan ini adanya solat sunat yang terbanyak iaitu solat tarawikh. Terpulang samada nak lakukan 8 atau 20, namun cuba fikir, jika kita boleh tamak mencari duit, kenapa tidak tamak mencari pahala?

2) Dzikrul quran (membudayakan pembacaan quran)
Lazimnya kita akan cuba untuk menghabiskan 30 juzu' dalam sebulan. Namun sepatutnya tidak perlu berkejar2 sedangkan kita sepatutnya lebih menghayati al-quran itu. Amalkan baca terjemahnya sekali dan hayatinya. Bagi yang tidak boleh membaca pula, memadai menatapnya daripada tak pernah buka kitab suci ini. Ataupun bersama dalam kumpulan tadarrus dan dengar bacaan mereka yang mahir.

3) Dzikrulmaut (mengingati mati)
Dengan rahmat bulan Ramadhan adalah masa yang sesuai untuk lebih mengingati mati agar kita lebih gigih untuk memperbanyakkan amalan. Ingatlah bahawa orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati.

Selepas tazkirah, majlis diteruskan dengan taklimat hilal yang akan dilakukan sebentar lagi oleh pegawai juruukur perak (JUPEM). Pukul 7 malam, semua hadirin ke pantai untuk melihat anak bulan awal Ramadhan. Teropong disediakan untuk semua hadirin. Anak bulan akan kelihatan pada pukul 7.24 malam dan terbenam dalam 21 minit pada pukul 7.45 malam. Semua hadirin menunggu pengumuman daripada mufti. Berkali-kali melihat teropong namun akhirnya pengumuman dibuat. Anak bulan tak kelihatan!! Kerana terdapat lapisan awan tebal yang melindungi. Tapi ini tidak bermakna esok tidak puasa, kerana cerapan juga dibuat di tempat lain.

Kita hentikan dahulu tentang cerapan ini. Mari kita berbicara tentang puasa. Ibadah yang leceh bagi kebanyakan orang kerana tidak boleh makan dan minum (tak mati pun). Malah ada yang puasa yangyok, pergi dapur bukak periuk.

Bulan puasa adalah bulan kemerdekaan sebenarnya kerana syaitan dan iblis telah dibelenggu. Namun, berhati-hatilah kerana rakan sejawatnya masih bebas dan inilah yang menyebabkan puasa orang kebanyakan (mungkin anda dan saya termasuk juga) hanya mendapat lapar dan dahaga. Itulah nafsu yang bersarang di hati.

Mungkin kita berpuasa, namun dosa-dosa kecil tidak ditinggalkan. Kita berpuasa, mata masih melakukan maksiat. Kita berpuasa, mulut masih mengumpat. Kita berpuasa, buka puasa bagaikan tak makan setahun. Kita berpuasa, tapi malas usaha (kononnya penat berpuasa). Dan macam-macam lagi dosa kecil yang kita lakukan yang kita mungkin tidak sedar.

Permulaan bulan ini, masjid penuh di malam pertama. Trend yang biasa adalah jemaah akan semakin berkurang hingga akhirnya kita ber'tarawikh' di pasaraya dan pasar malam.

Menjelang raya, kita begitu gembira. Namun, para sahabat di zaman Rasulullah berbeza. Mereka menangisi pemergian Ramadhan. Ini kerana mereka mendapat kemanisan Ramadhan sedangkan kita hanya dapat kemanisan kuih di atas meja saat berbuka puasa.

Banyak lagi yang perlu kita perbetulkan tentang bulan Ramadhan yang mulia ini. Mari kita bermuhasabah dan menyiapkan diri mengharungi Ramadhan supaya kita keluar dari madrasah Ramadhan menjadi hamba yang soleh. Akhir kalam, selamat menyambut awal Ramadhan al-Mubarak. Esok dah start pose, nak sahur nanti.

Wallahu Ta'ala A'lam.

Apakah erti kemerdekaan bagi saya?

Assalamualaikum,

Pertamanya, Selamat menyambut hari kemerdekaan. Artikel ini bertujuan untuk saya meluahkan apa yang saya rasa untuk setiap kali kemerdekaan dan membuat mata anda tentang apa yang saya faham tentang kemerdekaan ini.

Malam tadi saya tidak tahu bagaimana sambutan kemerdekaan di KL kerana saya berada di Tronoh dan di bilik saya. Hanya tahun lepas saya berpeluang merasai suasana sambutan kemerdekaan di KL (lebih tepat di KLCC). Ketika itu saya sedang menjalani internship. Saya bersama ramai lagi rakan-rakan daripada DPPWP dan Selangor menjalankan ekspedisi dakwah menyebarkan flyers buat pengunjung di KLCC. Sepanjang ekspedisi saya dapat lihat berbagai ragam manusia dan perangai hasil corakan budaya yang masih ditinggalkan oleh British. Namun, yang lebih mengejutkan saya adalah majoriti adalah orang Indonesia dan Bangladesh. Ingatkan orang Melayu. Kenapa mereka berada di sini? Untuk menyambut kemerdekaan yang bukan mereka punya. Dan mereka menyambut perayaan merdeka tanpa mengetahui apa-apa, hanya tertarik dengan konsert yang diadakan dan menunggu bunga api tepat pukul 12 tgh malam. Setelah itu, kami berjalan-jalan di sekitar KL untuk melihat 'pemandangan' di hari merdeka. (sambutan rasmi kemerdekaan di Dataran Merdeka).

Apakah itu erti kemerdekaan? Bagi saya, saya tidak begitu ghairah menyambut kemerdekaan kerana kita masih dijajah. Kemerdekaan yang kita kecapi adalah daripada satu aspek iaitu fizikal. Tiada orang putih yang memerintah dan menindas kita di sini. Namun, dari aspek yang lain, kita masih belum bebas. Itu yang saya hampa. Bukan bermaksud saya tidak menghargai kemerdekaan ini. Saya bersyukur tiadanya penjajah di negara ini, tapi saya sedih kerana ramai yang tidak tahu hakikat sebenar tentang kemerdekaan.

Memanglah penjajah telah tiada, tapi mereka tinggalkan budaya dan undang-undang mereka. Cuba ingat, siapa yang gubal perundangan? Orang putih, Reid!! Jadi secara tak langsungnya, mereka yang memerintah kita. Jadi, kalau mereka tak buatkan undang-undang untuk kita, siapa? Nampaknya kita lupa bahawa undang-undang telah siap digubal. Undang-undang yang paling sempurna dan membawa keadilan kepada semua, tanpa mengira agama dan bangsa. Itulah syariah yang mencakupi segala aspek kehidupan manusia. Namun, ada yang boleh manusia gubal seperti undang-undang jalanraya. Namun, sedihnya orang Islam sendiri yang menolak syariah dilaksanakan lebih daripada orang bukan Islam kerana mereka mereka dakwa tiada keadilan dalam Islam. Mereka perlu berhati-hati kerana ini boleh membawa kepada kekafiran kerana menolak hukum Islam adalah sama dengan mengingkari arahan Allah dan lawan Allah. Nauzubillahi min Dzalik.

Itu baru undang-undang. Mari kita lihat anak-anak muda pula. Lihat sendiri anak-anak kita. Lihat budaya yang mereka amalkan. Pergaulan bebas, maksiat, pakaian yang tak cukup kain (walaupun ibubapa mereka mampu membeli kilang kain). Inilah hasil daripada warisan penjajah yang kita banggakan. Inlah hasilnya apabila Islam tidak diamalkan dengan sebenarnya. Islam diwajahkan dengan jenama yang menutup wajah sebenar, Islam Hadhari!!

Kita beralih kepada sejarah pula. Catatan sejarah mengangkat golongan nasionalis dan UMNO sebagai hero yang memberikan kemerdekaan buat Tanah Melayu. Namun, fakta sebenar tak dapat disembunyikan selama-lamanya. Kajian yang dibuat oleh Ustaz Ridhuan Mohd Noor, telah membuka mata saya tentang pejuang kemerdekaan yang dilupakan dan dihilangkan daripada buku teks sejarah. Golongan yang dimaksudkan adalah golongan yang memperjuangkan agama iaitu Ulama'. Semua pernah dengan nama Tok Janggut? Beliaulah salah satu Tuan Guru yang memimpin rakyat menentang orang putih. Di Indonesia, pula Imam Diponegoro memimpin orang indonesia menentang Belanda.

Catatan sejarah melabelkan perjuangan mereka sebagai perjuangan peribadi. Namun, sedarlah siapa yang sebenarnya memberikan definisi sedemikian. Itulah British. Dan mereka mendoktrinkan golongan elit melayu di sekolah inggeris supaya orang melayu disembunyikan daripada kebenaran. Dan perhatikan pendidikan golongan nasionalis ini. Mereka berpendidikan Barat. Namun, bukan semua golongan nasionalis sama.

Sebenarnya, perjuangan golongan ulama' inilah perjuangan yang sejati. Menentang penjajah adalah menentang pendudukan mereka, agama dan undang-undang yang mereka bersih daripada tanah air kita. Dan tidak seperti yang Barat momokkan, golongan ini memperjuangkan agama dan tanah air mereka kerana Barat telah mengugat agama dan mancabuli tanah air kita. Mungkin ada yang mendakwa bahawa tindakan mereka adalah berbentuk keganasan dan kemerdekaan sepatutnya dicapai dengan perbincangan. Namun, kita perlu ingat dengan siapa yang kita hendak berbincang. Barat yang terkenal seribu perjanjian yang sering dimungkiri. Oleh sebab itu, perjanjian bukan jalannya untuk mencapai kemerdekaan.

Golongan inilah yang juga menaikkan semangat orang Melayu untuk menentang penjajah menerusi penulisan. Orang putih melihat tindakan mereka akan bakal menjatuhkan mereka, maka pelbagai usaha dijalankan untuk mengharamkan gerakan golongan ulama' dengan memberi sokongan kepada golongan yang pro-Barat. Hizbul Muslimin pernah diharamkan dan disifatkan sebagai "Bahaya daripada Gunung" kerana ditubuhkan di Gunung Semanggol. UMNO pula diangkat kerana berpihak kepada mereka.

Saya paparkan 2 gambar yang tiada dalam buku sejarah kita tetapi British simpan untuk disembunyikan.

Lihatlah betapa kejamnya apa yang orang putih lakukan terhadap ulama' kita. Gambar ini diperolehi oleh seorang pengkaji sejarah dari UK ketika dia membelek buku2 di England. British tidak dapat menyembunyikan fakta sebenar dan tidak boleh memperbodohkan orang Islam selamanya.

Oleh itu, pada sambutan kemerdekaan yang ke-51 ini, mari kita bermuhasabah tentang realiti masa kini. Sedarlah bahawa kita belum merdeka sepenuhnya. Perjuangan kita masih berjalan dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Laungan "Hidup Melayu" tidak akan membawa kita kepada kemerdekaan yang saya maksudkan, hanya laungan "Allahuakbar" dan "Hidup Islam" yang akan menyelamatkan kita daripada musibah ini dan memberikan kemerdekaan yang hakiki. Sekian saja cetusan saya pada kali ini. Salah dan silap harap dimaafkan. Wallahu Ta'ala A'lam.

Jumaat, Ogos 29, 2008

Bisnes #4 - Data Entry @ Data Typist

Assalamualaikum,

Kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya, kerana saya pernah tertipu. Iklannya berbunyi :
"Kerja sambilan di rumah, juru taip data. Kami menyerahkan kerja-kerja menaip data yang diserahkan oleh syarikat-syarikat. Anda dikenakan yuran pengenalan kerana kami mengumpulkan kesemua kerja-kerja yang anda boleh lakukan" Lebih kurang begitulah, namun gaya bahasanya mungkin berubah-ubah samada betul2 menipu atau berhelah dengan mangsa.

Mula-mula kita fikirkan bahawa kita akan menerima tugas memasukkan data dalam bentuk hardcopy kepada softcopy untuk syarikat yang memerlukan perkhidmatan seperti ini. Bagaikan clerk, namun kita berkerja dirumah dan tidak menjadi permanent employee bagi syarikat. Jika ini yang anda fikirkan ketika membaca iklan perniagaan ini, anda tertipu dan salah.

Mereka menjanjikan untuk memberikan panduan bagaimana untuk menjalankan tugas ini. Namun, sebenarnya guide yang mereka berikan adalah menyuruh anda untuk menipu orang lain untuk menjadi "data typist" yang baru dan anda hanya perlu passkan guide yang anda telah terima kepada mangsa baru anda.

Ketika saya join, saya dikenakan bayaran RM20 dan mereka menyuruh saya mengenakan bayaran juga kepada mangsa baru saya. Ini adalah satu penipuan yang besar kerana apa yang dinyatakan adalah jauh berbeza dengan realiti. Satu-satunya data yang anda taip adalah alamat e-mail dan data peribadi mangsa baru. Proses penipuan ini akan berulang dan saya masih dapat melihat iklan seperti ini berlegar di iklanpercuma.com. Kesian, ramai yang masih terperangkap dan ingin memerangkap orang lain.

Oleh itu, pesan saya pada pembaca budiman, jika anda menerima/melihat iklan yang tertulis perkataan "data typist" "clerk" "kerani" dan seumpamanya, abaikan. Jangan termakan jerat yang tak lazat mahupun berkhasiat. Wallahu Ta'ala A'lam.

Khamis, Ogos 28, 2008

Bisnes #3 - Paid to surf

Assalamualaikum,

Kita beralih kali ini kepada program yang berasaskan surfing dan advertisement. Ada beberapa program yang saya ada pengalaman mengenainya dan ada yang melalui pembacaan.

Paid to surf terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya :

1) Autosurf
Konsep autosurf adalah pengiklanan berbayar dimana setiap ahli perlu melihat iklan ahli lain selama masa yang ditentukan dan jumlah iklan yang ditentukan. Setelah selesai menonton iklan (atau tak tonton pun takpe), ahli akan dibayar dengan beberapa peratus daripada duit yang anda bayar.

Berapa yang anda nak masuk terpulang pada anda. Minimum RM10. Lagi banyak anda masuk, lagi banyak pulangan. Ada yang menawarkan pulangan 160-180% daripada pelaburan anda. Anda juga dapat mengiklankan website anda dengan hits sebanyak mana anda laburkan.

Persoalannya, bagaimana syarikat dapat membayar keuntungan 80% kepada setiap ahli? Mereka menjawab bahawa mereka ada membuat pakej advertising dimana kita boleh membeli hits untuk kita paparkan web kita kepada ahli2. Ini mungkin benar, tetapi berapa ramai yang akan jadi advertiser ini? Oleh itu, tiada jaminan yang syarikat akan dapat keuntungan besar daripada penjualan iklan dan mampu untuk membayar kepada ahli. Ini kerana janji mereka agak besar dan terdedah kepada penipuan. Dan memang ya, berlaku penipuan.

Beberapa site autosurf yang popular dan telah gulung tikar (larikan duit ahli setelah mencapai target penipuan) : Studiotraffic, Netbiz2u (malaysian, saya terkena) dan myfreeads (malaysian, pun terkena). Lepas myfreeads, saya terus serik.

Satu lagi site autosurf, namun yang ini adalah percuma untuk join, tak perlu tanam duit. Surfjunky. Mula-mula saya jumpa saya ingatkan boleh buat duit. Cara yang sama, kita tengok iklan namun perbezaannya adalah kita dibayar mengikut masa kita tonton dan tiada limit untuk surf. Ini peluang yang baik bagi saya yang mempunyai internet akses yang percuma 24jam dan elektrik percuma. Saya cuba untuk 2-3 hari. Kemudian saya surf lagi dan terjumpa pula perbincangan forum yang mendakwa bahawa autosurf itu scam. Dakwaan ini berdasarkan pengiraan bayaran dari advertiser dan kepada ahli adalah tidak munasabah dan menyebabkan syarikat rugi besar. Dan ada ahli yang telah digantung keahlian atas alasan yang tidak munasabah. Hingga tika saya menulis artikel ini, surfjunky masih beroperasi. Mungkin masih tidak serik lagi menipu advertiser dan ahli.

2) Paid to Click, Paid to Read E-mail etc...

Sama seperti autosurf, cuma kali ini surfing secara manual dimana kita perlu klik setiap iklan untuk tempoh masa yang ditentukan. Dahulu, PTC dan PTR dikalisifikasikan sebagai scam. Ini kerana janji yang tidak munasabah hanya dengan membaca e-mail dan klik iklan. Ada yang menawarkan sehingga 100USD untuk satu e-mail, advertiser gila mana yang nak bayar camtu?

Tapi kini, PTC mula berkembang dan stabil semula. Namun, bukan semua yang jujur. Ada yang membayar dan ada yang menipu. Kenapa PTC mula dipercayai semula? Ini kerana, rate yang dijanjikan adalah munasabah iaitu 0.01USD bagi setiap klik. Dan setiap hari kita antara 10-15 iklan untuk diklik. Namun, ianya agak membuang masa (satu iklan perlu dilihat dalam masa 30 saat) dan jika anda seorang yang sibuk, jangan join program ini.

Ini adalah list PTC yang telah disahkan scam, mungkin ada yang baru scam macam daddybux.com yang domainnya telah tamat. Ada yang menerima nasib yang malang dan telah dihack (mereka tidak serious menjalankan bisnes dan memasang web yang mudah untuk digodam). http://www.squidoo.com/ptc-scam-list

Sekian sahaja untuk masa ini. Nantikan post saya yang lain. Nasihat saya, sebelum tergerak hati nak join mana2 program, lakukan sedikit effort untuk dapatkan maklumat lanjut tentang penipuan di internet atau tanya yang pakar. InsyaAllah, setelah habis saya terangkan kesemua jenis bisnes yang terdapat di internet, saya akan update program2 (yang baru muncul) dan tulis review tentangnya. Wallahu Ta'ala A'lam.

Isnin, Ogos 25, 2008

Gantikanlah Sembahyang dengan Solat

Assalamualaikum,

Orang melayu sejak dari dulu biasa menggunakan perkataan sembahyang, malah saya juga menggunakan perkataan ini apabila kita ingin melakukan solat.

Namun, apabila sya meningkat usia dan mula bergaul dengan alim-ulama, kebanyakan ustaz-ustaz sering menggunakan perkataan solat berbanding sembahyang. Malah mereka juga menyeru umat islam agar menggantikan perkataan sembahyang dengan solat. Pada mulanya saya bingung, kenapa perlu ditukar? Bukankah sama saja maksudnya. Beberapa minggu lepas, saya mendapat jawapannya di kelas Malaysian Studies.

Semasa saya menghadiri kuliah Malaysian Studies minggu lepas, pensyarah saya menyentuh topik tentang kepercayaan orang Melayu. Dia mengatakan bahawa orang Melayu suka mencampur2kan agama yang mereka terima. Daripada animisme, hindu, buddha dan akhirnya datang Islam, orang melayu bukannya meninggalkan agama lama dan menganut agama baru, malah merojakkannya. Hakikatnya boleh kita lihat dalam adat yang dipegang kuat oleh orang melayu. Adat2 ini banyak yang bercampur aduk antara hindu, buddha, animisme dan Islam itu sendiri.

Dari itu juga, perkataan sembahyang menunjukkan rupa sebenarnya. Orang melayu dahulu kala menyembah roh nenek moyang yang dipanggil 'Hyang'. Oleh itu lahirnya perkataan sembahyang yang berasal daripada perkataan sembah hyang. Kenyataan ini mengukuhkan keyakinan saya bahawa perkataan sembahyang itu patutlah digantikan dengan perkataan solat kerana itulah perkataan yang lebih sesuai dan tepat. Walaupun hanyalah istilah, namun ia memainkan peranan yang penting dan perlaksanaan ibadah.

Sekadar itu, sedikit perkongsian saya pada kali ini. Ingat sebutlah solat, bukannya sembahyang. (Mungkin nanti saya kaji perkataan bang (azan) pula.)
Wallahu Ta'ala A'lam.

Khamis, Ogos 21, 2008

Bisnes #2 - Sistem Binary

Assalamualaikum,

Hmm, hari ini saya masih lagi demam. Dah dua hari gamaknya dan mungkin ini adalah kifarah dosa-dosa yang saya lakukan. Semoga saya akan sihat dan dapat meneruskan kehidupan seharian.

Okla, kita teruskan dengan diskusi bisnes yang kedua. Setelah sistem MLM diperkenalkan, Sistem Binary atau piramid telah diwujudkan yang mengambil konsep mencari tajaan daripada sistem MLM. Namun, perbezaan yang agak ketara adalah sistem binary tidak menjual produk. Sistem ini bergantung harap semata-mata pada usaha mencari tajaan. Jika anda tidak berjaya mencari tajaan, maka anda tidak ke mana-mana.

Dalam sistem piramid, seperti bentuk piramid, ahli pertama akan mencari 2 tajaan. Kemudian, 2 tajaan tadi (dikenali sebagai 1st level referral), perlu mencari 2 orang tajaan setiap orang menjadikan 4 tajaan untuk uplinenya. Oleh itu, downlinenya menjadi 6 orang. Proses ini akan berulang sehingga berlapis-lapis. Setiap tajaan yang berjaya di daftarkan, upline akan menerima komisen sekian-sekian dan apabila networknya berkembang dengan baik, maka kayalah dia.

Persoalannya : Adakah kita boleh jadi kaya dengan sistem ini?

Jawapannya : Boleh dan tidak boleh.

Boleh jika anda masuk program ini sebagai salah seorang pioneer atau pemula. Ini bermaksud anda berada d tingkat atas piramid.

Tidak boleh jika anda masuk lewat. Ramai orang telah join di atas anda dan peluang anda untuk mencari mangsa yang belum terkena adalah agak tipis.

Sistem ini agak popular di masa ini, namun terdapat beberapa perkara yang terkandung di dalamnya yang menyebabkan anda perlu berfikir panjang sebelum menyertainya :

  • Tiada produk dalam sistem ini. Kebiasaannya, sistem ini ttidak meletakkan produk. Sebenarnya, konsep ini agak sama dengan satu lagi bentuk bisnes yang dijalankan. Akan saya terangkan dalam post akan datang. Antara sistem yang dapat saya nyatakan adalah "pokok duit".
"Tapi, kami ada produk. Kami tawarkan e-book, web duplicate, etc"
Hati-hati dengan apa yang anda dakwa. Adakah apa yang anda produk adalah benar2 produk yang diperlukan ahli? Kebanyakan sistem ini menggunakan e-book sebagai produk. Namun, malangnya, isi e-book selalunya tidak membawa manfaat kepada pengguna. Penulis lebih banyak menceritakan pengalaman hidupnya dan hanya sedikit yang dapat dimanfaat. Saya pernah membaca beberapa e-book yang kawan saya berikan, dan e-book tersebut seolah-olah berupa buku cerita kanak-kanak. Namun, bukan semua e-book begitu. Ada e-book yang amat bernilai kerana isinya. Ada juga yang menawarkan bonus e-book yang di dakwa berharga ribuan (jika anda penulisnya), tetapi hakikatnya dapat percuma daripada kawan. Oleh itu, jika e-book sebagai produk, jangan letak harga yang tidak masuk akal. Kadang-kadang ianya melebihi harga buku di MPH yang jauh lebih berguna untuk di baca. Juga, e-book tidak memerlukan kos percetakan tidak seperti buku bercetak. E-book boleh dihasilkan tanpa limit.

Web duplicate? Ini sebagai produk? Fikir semula.
  • Kalaupun ada produk, bisnes ini bukanlah bertujuan untuk menjual produk, malah lebih tertumpu pada bisnes mencari kepala. Bakal mangsa pasti akan di jamu dengan janji manis dan ganjaran yang lumayan jika join sistem mereka. Mata pasti akan tertumpu dahulu kepada gambar piramidnya. Dengan itu, mindset terus meletakkan bahawa aku perlu cari orang. Sangat kurang orang yang ambil kisah terhadap produk yang ditawarkan. Oleh itu, di sini, niatnya sudah beralih arah daripada bisnes produk kepada bisnes mencari kepala. (saya lagi prefer sistem MLM daripada sistem ini).
  • Dah ramai, tauke cabut lari. Sama seperti skim cepat kaya, kebanyakan sistem ini akan ditutup dan tauke cabut lari kerana jangka hayat sistem ini tidak lama. Ini keran market akan tepu dan jika perkembangan network terhenti (atau tidak aktif), maka pemilik asal sistem ini akan lari. Yang rugi adalah orang bawahan yang tak sempat nak cari kepala, tetapi orang atasan taklah rugi.
  • Prosesnya berulang-ulang. Setelah network tepu dan tauke cabut lari, pasti akan muncul sistem yang lebih kurang sama dan diberikan brand yang baru. Kononnya lebih hebat daripada program yang lepas. Selalunya, tauke program baru adalah orang yang sama yang cabut lari dulu. Selain itu, sesiapa jua dapat memulakan program ini jika dia tahu bagaimana hendak membangunkan sistem online ini.
Oleh itu, jika ada unsur-unsur di atas yang terbabit dalam sistem binary yang anda ingin join, hentikan le. Lebih baik anda menggunakan skil memujuk dalam menjual barangan daripada menipu orang. Wallahu Ta'ala A'lam.

Selasa, Ogos 19, 2008

Isu Liwat

Assalamualaikum,

Dah lama kita dengar cakap2 orang tantang isu ini dan jadi perbahasan di kedai kopi. Pelbagai telahan di buat dan pandangan dibuat. Ada yang menyokong ketidaksahihan tuduhan tersebut dan ada yang menyokong. Sangat jarang orang menyokong Saiful Bukhari itu. Kenapa? Pisang takkan berbuah dua kali. Peristiwa ini berulang pada masa yang kritikal untuk menjatuhkan seseorang individu dan tuduhan yang pertama telah dibuktikan palsu oleh si penuduh. Jadi, adakah rakyat akan menerima pertuduhan kedua yang berulang? Tanya diri anda sendiri.

Namun fokusnya bukan pada isu liwat, tetapi tentang sumpah yang di buat oleh si penuduh. Ada yang kata boleh, ada yang tak. Sedangkan perkara ini tidak sukar dan jelas hukumnya. Malah, Islam itu mudah dan membawa kepada keadilan. Namun, manusia yang memutarbelitkan hukum, menolak sebahagian dan menerima sebahagian yang merumitkan keadaan. Adakah mereka tidak tahu hukum2 Islam. Kalau tak faqih, kenapa tak rujuk kepada Al-quran dan Sunnah?

Adakah wajar tindakan sumpah oleh si penuduh?

Kita lihat dasar hukum hudud. Umum mengetahui bahawa jika hendak menuduh seseorang, maka kita perlu kemukakan 4 orang saksi dan saksi itu perlulah orang yang benar dalam percakapannya. Maksudnya bukan orang yang diblacklist (kaki bohong).

Mari kita renung sirah, ketika baju besi Khalifah Umar Ibn Khattab di curi oleh seorang Yahudi. Beliau bawa pertuduhannya kepada hakim. Hakim bertanyakan "Wahai Umar, adakah engkau ada saksi bahawa dia mencuri baju besimu?". Umar menggeleng. Oleh kerana tiada saksi, maka si Yahudi tu menang dan bebas daripada pertuduhan tersebut. Terkejut dengan kekalahan Khalifah, terus si Yahudi itu mengaku yang memang dia yang mencuri baju besi beliau dan memeluk Islam kerana keadilan yang ada pada Islam.

Jika kes ini berkaitan munakahat, pertuduhan di antara suami dan isteri, maka boleh digunakan cara sumpah. Ini jelas di dalam Surah An-Nur ayat 4 hingga 9.

Nah, sekarang. Mana saksimu? Tiada saksi, mana buktimu. Kalau ada bukti pun (laporan kesihatan), telah dibuktikan telah dipalsukan oleh doktor yang pertama kali buat check-up terhadap si penuduh. Jika undang2 syariah dikuatkuasakan (malangnya tidak), maka tentulah si penuduh akan kalah kes dan yang tertuduh bebas daripada tuduhan. Akhirnya, si penuduh sampai sanggup bersumpah. Tidakkah si penuduh berfikir akibat daripada sumpahannya? Jika pertuduhannya dusta, maka dia akan menerima balasan atas sumpahannya. Adakah duit berjaya menggelapkan matanya sehingga sanggup membuat sumpahan tersebut.

Jika secara logik pula, jelas berpihak kepada si tertuduh. Kenapa? Kerana kes ini antara orang muda dan orang tua (dua2 lelaki), yang sepatutnya orang muda menang (jikalah ianya secara paksa), melainkan suka sama suka. Kemudian, pinggang si tertuduh pula sakit dan bagaimana dia larat nak melakukan liwat. Ini di antara faltor yang menyebabkan orang ramai tidak dapat menerima pertuduhan ini.,

Saya pernah mendengar salah satu ceramah ust Shamsuri tentang isu pertuduhan zina. Isi dalam ceramah tersebut (yang menggunakan kitab bahrul mazi), menegaskan bahawa jika kita dituduh melakukan zina, kita boleh menafikan walaupun benar kita buat perkara tersebut (jika tiada bukti yang mencukupi). Ini supaya si pelaku tersebut dapat bertaubat dan selamat daripada hukuman. Namun, jika mengaku pun boleh. Bukankah Islam itu mudah dan menyusahkan penganutnya? Namun, dalam kes ini, tunggang terbalik.

Apa yang saya lihat, tindakan anda sangat bercanggah dengan Islam. Saya sarankan agar anda tarik balik sumpahan anda dan ikut prosedur pertuduhan yang sah di sisi syara'. Bukan kerana saya pro-Anwar, namun kerana tindakan anda telah mengelirukan orang ramai terhadap Islam itu sendiri. dan saya menulis artikel ini juga supaya orang ramai boleh jelas dan hentikan perbahasan ini di kedai2 kopi dan di pejabat kerana merugikan Islam sedangkan isu Palestin dan serangan terhadap Islam lebih aula' untuk dibincangkan dan diambil tindakan. Semoga tulisan saya ini, walaupun pasti terdapat kekurangan, mudah-mudahan dapat membuka mata kita. Sekadar menyampai. Wallahu Ta'ala A'lam.